Seorang wanita berusia 73 tahun ditemui meninggal dunia dalam keadaan terbaring di ruang tamu rumahnya yang terletak di Kampung Kerdas, Gombak, Selangor semalam.
Perkara itu mula diketahui oleh seorang saksi, Nasaruddin Mohd Darwis, 59. Menurut saksi, wanita itu ditemukan meninggal dunia bersama kucingnya yang dipercayai sudah mati terlebih dahulu.
Artikel Berkaitan : Warga Emas Meninggal Dunia Dalam Ambulans Sebab Tak Lepas Pagar, Individu Pegang Kunci ‘Lesap’
Artikel Berkaitan : Warga Emas Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung Lepas Dikejar Anjing Liar
“Arwah dijemput Ilahi di samping kucing kesayangannya yang dipercayai terlebih dahulu mati. Memang pilu melihat keadaan kedua-duanya,” kata saksi kejadian.
Dalam pada itu, Ketua Kampung yang juga Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Kerdas itu berkata, beliau menerima panggilan daripada jiran wanita itu pada jam 6.45 petang.
Jelasnya, wanita itu dikatakan sudah lima hari tak keluar rumah dan pada mulanya jiran itu menyangka dia ke rumah saudara kerana melihat pagar rumahnya telah dikunci dari luar.
"Arwah dijemput Ilahi di samping kucing kesayangannya yang dipercayai terlebih dahulu mati. Memang pilu melihat keadaan kedua-duanya," kata saksi kejadian, Nasaruddin Mohd Darwis, 59, mengenai kematian seorang wanita warga emas di Kampung Kerdas, di sini. pic.twitter.com/RfDVOpJa9h
— Berita Harian (@bharianmy) December 28, 2023
“Tapi jiran berasa pelik bila terlalu lama sebab kebiasaannya hanya dua atau tiga hari. Selepas dapat panggilan, saya terus ke rumahnya tapi pintu berkunci lalu saya hubungi polis dan bomba sukarela meminta bantuan.
“Pasukan bomba tiba di lokasi dan berjaya membuka pintu rumah kira-kira jam 8 malam. Apabila kami masuk ke dalam rumah, kami temui wanita itu terbaring di ruang tamu.
“Pemeriksaan oleh pegawai kesihatan mengesahkan dia sudah meninggal dunia. Di samping mayatnya kami temui bangkai kucing peliharaan wanita itu yang sudah mereput,” katanya kepada Harian Metro.
Jelas Nasaruddin lagi, wanita tersebut duduk bersendirian, dia tidak berkahwin dan hanya tinggal di rumah pusaka keluarga sejak berpuluh tahun lalu.
Katanya lagi, wanita itu memang sudah lama uzur dan berjalan menggunakan tongkat, kali terakhir dia berjumpa dengan wanita tersebut kira-kira tiga bulan lalu.
“Saya rapat dengan arwah dulu tapi sejak dia uzur dan jarang keluar rumah, memang kami tidak berjumpa.
“Selalu jiran yang menyewa berdekatan rumahnya itulah membantu membelikan barangan keperluan apabila diminta,” katanya.
Katanya, pihaknya telah membantu menguruskan jenazah arwah dan arwah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Changkat, Gombak.
Sumber : Harian Metro