Sejak sesi persekolahan bermula awal minggu ini, kecoh di media sosial tentang perdebatan netizen tentang subjek Pendidikan Agama Islam (PAI) dalam jadual pembelajaran pelajar sekolah rendah.
Boleh dikatakan isu ini masih lagi menjadi bualan orang ramai hingga ke hari ini. Seiring dengan hal itu, semalam kecoh juga di Twitter selepas seorang peguam kongsikan gambar screenshot chat milik seorang lelaki dari WhatsApp.
Tetap teruslah kuat wahai isteri. Tergamak lafaz cerai talak 3 kpd isteri yg tengah hamil 4 bulan.
Dan sekali lagi diingatkan lafaz cerai taklik takboleh ditarik balik ☝?
Bila dah langgar, sila buat pengesahan lafaz cerai taklik di Mahkamah Syariah. pic.twitter.com/oNOod77NUa— wafda.kamilen (@wafda_k) January 11, 2022
Peguam syariah itu menegur tindakan suami yang sesuka hati mengugut isterinya dengan lafaz cerai sekiranya tidak mendengar katanya, tambah pula dalam keadaan isterinya yang sedang mengandung empat bulan.
Ujarnya lagi, ugutan yang dibuat itu berbentuk lafaz cerai taklik dan tidak boleh ditarik balik kerana perlu rujuk kepada Mahkamah Syariah untuk mendapatkan pengesahan lafaz tersebut walaupun dibuat menerusi penulisan dalam perbualan WhatsApp.
Itulah pentingnya PAI…
Perkongsian itu ternyata menarik perhatian orang ramai yang rata-rata mengatakan bahawa tindakan lelaki itu tidak wajar dilakukan kerana dilafazkan ketika isteri sedang mengandung dan mungkin ketika emosi tidak stabil.
“And there still people that want PAI out of main syllabus. benda sebasic macam ni pun dia buat macam lepak mamak je, now imagine if the exposure is more limited.” – Komen netizen
Bukan itu sahaja, ada juga yang menasihati supaya orang ramai untuk betul-betul mendalami ilmu agama lebih-lebih lagi hal melibatkan kehidupan berumah tangga. Malah ada yang mengatakan hukumnya tetap haram.
Min harap semua ambil kejadian ni untuk dijadikan sebagai pengajaran supaya takdelah kita cetek dengan ilmu agama yang penting macam ni eh…
Baca: “This is NOT sek. agama ya” – Bapa Bising Subjek PAI Di Sekolah Anak Lama, Cikgu Jelaskan Kenapa…