in

“Tinak Tin Tana yang tiru lagu Iwan” – Bukan Tu Je, Katanya 6 OST Dari Filem Mann Ciplak Lagu Orang?

Collage 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa je yang tak pernah tengok cerita Mann yang ditayangkan masa tahun 1999 ni? Berjurai jugaklah air mata.

Kalau korang familiar dengan filem lakonan Aamir Khan ni, confirm korang memang hafal semua soundtrack yang ada dalam cerita ni kan?


Dah tentulah lagu yang paling dekat di hati lagu Tinak Tin Tana kan? Memang sebijik macam lagu Yang Sedang Sedang Saja dari penyanyi dangdut Iwan.

Untuk pengetahuan korang, disebabkan lagu ini telah digubah oleh komposer Bollywood Sanjeev-Darshan, Iwan telah bertindak memfailkan saman ke atas individu yang bertanggungjawab dan menang kes berkenaan tau! Fuh, masa kecik-kecik dulu ingatkan kita yang tiru dorang. Ghupenya!!!

Lagu OST filem Mann yang diambil dari lagu negara lain

Ab67616D0000B273F993D7342F6Be9090E38Ebcb

Cerita dia tak terhenti setakat ini je tau! Rupanya, enam dari lapan lagu dalam filem Mann ini telah diciplak dari lagu-lagu diserata dunia tau, ada yang dijadikan inspirasi dan ada juga yang tiru bulat-bulat.

1. Kali Nagin Ke Jaisi

Lagu ini dikatakan telah ditiru satu per satu dari lagu asal dari Algeria yang bertajuk ‘Ya Rayah’ oleh penyanyi Dahmane El Harrachi.

Kalau korang nak tahu, lagu ini telah dipopularkan oleh ramai artis tapi versi yang paling popular adalah dari penyanyi Algeria Rachid Taha. Cuba dengar, sama tak?

2. Nasha Yeh Pyar Ka

Lagu ini pun telah ditiru bulat-bulat dari lagu Itali bertajuk L’Italiano dan lagu ini turut dinyanyikan semula di negara-negara lain termasuk Brazil, Perancis dan Vietnam.

3. Tinak Tin Tana

Lagu asal ni confirm korang pernah dengar punyakan? Baru-baru ni pun Fazley Yaakob ada bawakan lagu ni semasa membuat persembahan di Gegar Vaganza. Lagu yang dinyanyikan oleh Iwan ini dikeluarkan pada tahun 1997 melalui album Dangdutnya Iwan.

4. Khusyian Aur Gham

Untuk lagu Khusyian Aur Gham ini pula, ia telah meniru bulat-bulat note keempat lagu Come Vorrei dari sebuah band di Itali.

5. Chaha Hai Tujhko

Bagi lagu ini, Sanjeev-Darshan telah mengambil inspirasi dari satu lagu Tamil bertajuk ‘Edho Oru Paatu’. Uish yang ni pun sebijik wehhhh

6. Kehna Hai Tumse

Akhir sekali, lagu Kehna Hai Tumse ini diambil dari lagu kumpulan rock kristian Jars of Clay bertajuk Liquid!. Tapi nasib baik lagu ni tak tiru bulat-bulat sangat sebab ada beberapa part dalam lagu ni dengar macam original.

Uish banyak jugak lagu yang dia tiru dari negara lain kan? Nak dijadikan cerita Sanjeev-Darshan ni bukan komposer kaleng-kaleng tau. Tapi ni bukannya pertama kali benda macam ni berlaku, banyak juga artis-artis yang disaman gara-gara dikatakan menciplak lagu orang lain.

Sumber: Film Companion, Odisi

 

Baca: “Ciplak lagu ke?” – Betul Ke Jenama Jeans Terkemuka Ciplak Lagu Band Tempatan Untuk Guna Dalam Iklan

Screenshot 2021 12 13 At 4.02.01 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.