in

Tikam Ibu Saudara Sebab Dihalang Tinggal Dengan Ibu Kandung, Remaja 14 Tahun Ditahan Polis

Tikam Ibu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Polis telah menahan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun selepas remaja tersebut menikam ibu saudaranya dengan sebilah pisau di sebuah rumah flat di Perai, Pulau Pinang.

Dalam kejadian pagi semalam itu, remaja tersebut difahamkan telah menikam ibu saudaranya selepas berlaku pertengkaran antara mereka berdua.


3

Memetik laporan Berita Harian, pertengkaran itu berlaku selepas remaja itu yang baru sahaja beberapa hari tinggal di rumah ibu saudaranya itu.

Remaja tersebut kemudiannya meminta untuk tinggal semula bersama ibu kandungnya namun ibu saudaranya itu tidak membenarkan.

Artikel berkaitan: Lelaki Ditikam Abang Yang Dicari Selama 24 Tahun, Mungkin Tak Puas Hati Pembahagian Harta Mendiang Ayah

Artikel berkaitan: Terpengaruh Dengan Kisah Pembunuhan Bersiri, Dua Beradik Nekad Bunuh Keluarga Sendiri

Suspek kemudiannya menikam ibu saudaranya yang berusia 35 tahun itu dengan pisau.

Mangsa yang mengalami kecederaan di perut pada sebelah kiri kemudiannya telah dibawa ke hospital untuk dirawat.

4
Gambar Sekadar Hiasan

Difahamkan, remaja perempuan yang tidak bersekolah itu mula tinggal dengan ibu saudaranya,sejak empat hari lalu kerana mengalami masalah keluarga.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan senjata.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.