Penyanyi popular Faizal Tahir baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai melalui sifat rendah diri yang ditunjukkannya ketika menyertai misi kemanusiaan di Aceh, Indonesia.
Kisah penglibatan penyanyi lagu Sampai Syurga ini didedahkan oleh, Dr. Ghafur Rahim Mustakim, pengasas My Fund Action yang kagum melihat ketabahan Faizal berdepan dengan pelbagai cabaran di lapangan.
Sepanjang misi yang berlangsung dari 18 hingga 21 Februari itu, mereka terpaksa bermalam di rumah orang kampung kerana lokasi bantuan terletak jauh di pedalaman. Walaupun keadaan rumah tersebut serba kekurangan tanpa kemudahan kipas, tilam mahupun selimut, Faizal langsung tidak merungut. Malah, sekeping foto yang tular menunjukkan beliau tidur dengan lena hanya beralaskan toto di atas lantai rumah kayu tersebut.
Artikel berkaitan: “Aku sangat leka dengan dunia” – Tragedi Mavi Marmara Punca Faizal Tahir Berubah
Artikel berkaitan: Rossa Agih Zakat RM122,000 Kepada Mangsa Bencana Banjir Di Sumatera
View this post on Instagram
Selain terpaksa berdepan dengan gangguan nyamuk dan kemudahan tandas yang tidak sempurna, Faizal juga dikatakan sangat komited dengan tugasnya. Beliau mula turun padang mengedarkan bantuan seawal pagi sehingga waktu berbuka puasa tanpa meminta masa untuk berehat. Dari segi makanan pula, beliau hanya menjamah apa yang ada tanpa sebarang permintaan khas atau rungutan.
“Bila tanya kenapa tak nak orang tahu diri as artis, jawapan menikam kalbu, sebab taknak ada layanan berbeza-beza, menarik..
Refleksi buat diri kita semua, moga boleh jadi contoh. Moga ada lebih ramai orang macam ni, insyaAllah,” tulisnya di kapsyen.
Satu perkara yang paling menyentuh hati adalah apabila Faizal memilih untuk menggunakan nama samaran “Ahmad” ketika bertemu dengan penduduk setempat.
Sumber: Instagram
