Sejak Najib Razak diperintahkan untuk masuk ke penjara selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kes penyelewengan dana SRC International, banyak maklumat mengatakan bekas Perdana Menteri ini telah mendapat layanan istimewa.
Sebelum ini, Jabatan Penjara Malaysia telah menafikan bahawa Najib ditempatkan di sel VIP dan dilayan lebih istimewa berbanding banduan lain ekoran statusnya sebagai orang berpangkat tinggi.
Kali ini tular pula di media sosial mengatakan Najib tidak ditempatkan di dalam sel penjara tapi diberikan rumah di dalam kawasan penjara yang sepatutnya menjadi rumah pegawai penjara.
https://www.facebook.com/jabatanpenjaramalaysia/posts/pfbid0MFnRPhQinr82cZXXtowfwMMcRm5VdLTop5Q3miP1XzpGWGdmjXJBPTLuvowGFvYGl
“Sahabat sepupu yang merupakan pegawai kanan Jabatan Penjara memaklumkan bahawa Najib tidak berada dalam sel sebaliknya berada di sebuah rumah di dalam kawasan penjara.
“Rumah ini merupakan rumah untuk pegawai kanan penjara,” dakwa khabar angin tersebut.
Namun begitu, di Facebook rasmi, Jabatan Penjara Malaysia sekali lagi menafikan dakwaan tular ini dengan mengatakan maklumat tersebut tak sahih dan minta untuk hentikan penyebarannya.
Manakala di ruangan komen, rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan penafian dari Jabatan Penjara ini dan meminta agar dapat menyediakan bukti menunjukkan Najib betul-betul di dalam penjara.
Tapi selalu berita-berita viral ni mesti dapat cerita dari kawan punya sepupu. Banyak betul info sepupu kawan ni eh?
Baca: Najib Mohon Semakan Keputusan Mahkamah, Mahu Dilepaskan Sementara Tunggu Pendengaran