in

Tidak Pernah Akil Baligh & Berwajah ‘Baby Face, Pemuda Korea Selatan Ini Sebenarnya Sudah Berumur 32 Tahun!

Pelik tapi benar. Itulah situasi ‘aneh’ yang berlaku kepada seorang pemuda dari Korea Selatan ini yang digelar sebagai “Peterpan Korea” gara-gara memiliki rupa paras seperti kanak-kanak walaupun sudah menginjak dewasa.

Pemuda itu yang dikenali sebagai Shin Hyomyung mempunyai raut wajah yang bulat, comel serta mempunyai suara yang nyaring seperti kanak-kanak sekolah rendah. Melalui rupa parasnya, orang selalu tersalah sangka bahawa dia berusia dalam lingkungan 12 tahun.

Tetapi, sangkaan itu meleset sama sekali kerana dia sebenarnya telah pun berusia 32 tahun!

Memetik portal Koreaboo, Shin Hyomyung sebenarnya menderita satu penyakit ‘rare’ dikenali sebagai “Highlander Syndrome” yang menyebabkan tubuh badannya ‘menua’ dalam kadar yang sangat perlahan. 

Disebabkan penyakitnya itu juga, pemuda ini dikatakan tidak pernah akil baligh lagi! 

Pada awalnya, Shin Hyomyung sama seperti kanak-kanak lain seusianya. Namun, ketika dia berada di bangku sekolah menengah rendah, dia telah ‘berhenti’ membesar. Ketika itu, tingginya hanyalah setakat 163 sentimeter (cm) bersamaan 5 kaki 4 inci sahaja. 

Walau bagaimanapun, keadaan ‘rare’ yang dihidapinya ini sedikit pun tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan hidup seperti biasa. Dia juga dikatakan mengambil minuman keras dan tetap berkunjung ke kelab malam untuk berhibur sama seperti lelaki Korea seusianya. 

Menurut doktor, selain daripada keadaannya yang sentiasa ‘awet muda’, Shin Hyomyung tidak mengalami sebarang impak negatif untuk kesihatannya.

Korang boleh tonton sedikit sebanyak ‘kehidupan normal’ pemuda ini seperti di bawah:

Baca: “Kok makin muda ya?” – Netizen Ternganga Tengok Nenek Umur 53 Tahun Langsing & Persis Gadis Remaja

Sumber: Koreaboo
Sumber: Koreaboo
Sumber: Koreaboo
Sumber: Koreaboo