Baru-baru ini, filem tempatan terbaru Sheriff: Narko Integriti mula ditayangkan di pawagam negara seberang, Indonesia.
Namun, semalam, pengarah filem tersebut, Syafiq Yusoff berkongsi di X bahawa banyak tayangn filem arahannya itu di Indonesia telah diturunkan secara drastik kerana filem Sheriff itu tidak mendapat sambutan di negara itu.
Filem Sheriff tidak mendapat sambutan di Indonesia. Jadi, banyak tayangan telah diturunkan secara drastik. Apa-apa pun, saya berterima kasih kepada CGV Cinemas kerana membuka pintu dan memberi peluang untuk filem Malaysia ditayangkan di sana ?. Terima Kasih Indonesia ??❤️?? https://t.co/SzJODw1ZKI
— Syafiq Yusof (@syafiqyusof) May 31, 2024
Artikel berkaitan: “Poster dalam Mandarin!” – Syafiq Yusof Umum Filem ‘Sheriff’ Bakal Tayang Di Hong Kong
Artikel Berkaitan: “Rilek je tak tukar” – Zul Ariffin Dipuji Cakap BM Ketika Promosi Filem Di Indonesia
Syafiq Yusof berkongsi tentang perkara itu setelah ada warga Indonesia di platform X mengatakan waktu tayangan filem berkenaan hilang dari jadual tayangan pawagam sebuah pusat beli belah di negara itu secara tiba-tiba.
Tau nih tadi pagi ada jadwalnya, ini pas mau nonton dicek lagi udah ilang. https://t.co/pX9NQOybAU
— Daniel Irawan (@danieldokter) May 31, 2024
Syafiq bagaimanapun tetap mengucapkan terima kasih kepada pihak CGV Cinemas di sana kerana telah membuka pintu dan memberi peluang untuk filem Malaysia ditayangkan di sana.
Rata-rata netizen pula berpendapat mungkin orang Indonesia kurang berminat dengan filem yang bergenre aksi kerana berdasarkan pemerhatian ramai, filem-filem Indonesia yang popular juga banyak yang bergenre filem romantik dan filem seram.
Namun, dalam masa yang sama, ada juga warga Indonesia sendiri yang mengatakan mereka bukan tidak gemar filem aksi namun kebanyakan mereka lebih cenderung menonton filem aksi Hollywood sahaja.
Ini kerana filem aksi Indonesia sendiri juga tidak mendapat sambutan setanding dengan filem seram mereka seperti Pengabdi Setan dan sebagainya.
Sumber: X @syafiqyusof