Bagi mereka yang baru pertama kali nak cuba, Alisa Yusra tidak menggalakkan anda untuk mencubanya kerana ia agak merbahaya, walaupun dia mengaku masih belum handal dalam bab ini, dia ada kongsikan serba sedikit apa yang dia tahu tentang bagaimana caranya melakukan Umrah secara DIY (sendiri).
Apa yang kena ada sebelum berlepas
Untuk mereka yang ingin berlepas menunaikan umrah dengan sendirinya, passport dan Visa pelancong mesti kena ada. Alisa ada sediakan pautan untuk mohon visa pelancong seperti di bawah:
Once payment done, tk sampai 5 minit email masuk dh siap visa korang ? Visa tourist tu multiple entry selama setahun. boleh pegi lagi haha
— Alisa Yusra (@Alisaayusra) April 19, 2022
Selain itu, tiket penerbangan dan hotel booking juga diperlukan. Bagi booking ini ianya agak penting kerana ada kakitangan hotel di sana dan mereka hanya pandang enteng (buat-buat tak nampak) bila tahu orang datang ke hotel mereka bukan dari agensi.
and please, time booking hotel. double check location. jangan la duduk jauh sangat. lagi lagi time bulan puasa masak ?
Madinah: aku ambik , Mirage al salam.
Mekah: aku ambik Elaf kinda hotel.dua dua dekat gila dengan Masjid Nabawi and Masjidil haram. kentut pun dengar.
— Alisa Yusra (@Alisaayusra) April 19, 2022
Buat PCR 72 jam sebelum berlepas, perlu ada insurans yang ada perlindungan Covid-19
Berkenaan dengan vaksinasi, negara Arab Saudi kini sudah mengubah syarat di mana mereka yang tidak DIvaksin pun boleh tunaikan umrah, nasihatnya rajin-rajinlah dapatkan perkembangan terkini di Twitter @HamaranInfo.
7. PCR Test 72 jam sebelum penerbangan (dah tak wajib, depends and refer on airline)
masa aku pergi haritu, naik saudia airline. mmg aku contact dengan customer service terus tanya perlu ke tidak pcr. masatu mmg tak perlu dah. so kena rajin contact airline utk tau.— Alisa Yusra (@Alisaayusra) April 19, 2022
Selain itu, Alisa turut berpesan agar mendaftar Muqeem, maklumat Vaksin covid disini.
“Boleh pakai website ni, boleh daftar muqeem 5 hari sebelum berlepas. takyah tggu lama lama dah daftar terus boleh print,”katanya.
Ketika check in flight
kalau yg ni, aku print in small sizes compile letak dalam satu file. senang letak dalam beg. kita memudahkan org dkt airport dan immigration. barulah Malayzia baguzzz ? lah.
— Alisa Yusra (@Alisaayusra) April 19, 2022
Apps yang perlu install
Apps needed to install.
1.tawakkalna (mcm mysejahtera tapi takde scan scan)
2.eatmarna (untuk booking raudah dan umrah)sambung..
— Alisa Yusra (@Alisaayusra) April 19, 2022
APPS TRANSPORTATION
1.uber
2.careem
mengikut pengalaman, uber murah sikit. tp dua dua reliable. semua dihujung jari. and aku link dengan bigpay untuk rides mcm ni. senang takyah tggu balance ke apa kalau pakai cash.— Alisa Yusra (@Alisaayusra) April 19, 2022
Procedure balik Malaysia
PROCEDURE BALIK MALAYSIA
macam biasa, tggu jelah update menteri korang. kalau time aku haritu, kena pcr from mekah. pastu balik malaysia kena rtk dlm 24 jam pulak. money gais money ??— Alisa Yusra (@Alisaayusra) April 19, 2022
HARAMAIN TRAIN
Madinah to Mekah, aku naik haramain train. Boleh install apps HHR train. ticket dia mcm pelik sikit beberapa hari nak gerak baru available untuk purchase. perjalanan 2 jam setengah sahaja. selesa dan affordable ? harga dalam rm170+ berubah ikut season. pic.twitter.com/t0oAFu9Hrb— Alisa Yusra (@Alisaayusra) April 19, 2022
Hurm, kepada mereka yang ingin mencuba, carilah orang yang betul-betul boleh bimbing. Nanti dah lama-lama baru boleh gerak sendiri.
Baca : Zulin Aziz Dirikan Solat Hajat Khas Untuk Adik Bella Di Raudhah Ketika Umrah