in

Tidak Bersungguh Sekat Kandungan Memudaratkan, SKMM Akan Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Meta

skmm nak saman meta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap Meta, syarikat induk Facebook berikutan tindakan yang tidak bersungguh platform berkenaan untuk menyekat kandungan yang memudaratkan di platform mereka.

Menurut kenyataan SKMM, Meta juga tidak memberi kerjasama sepenuhnya untuk menurunkan kandungan yang mengandungi elemen 3R iaitu bangsa, agama dan raja selain kandungan memudaratkan seperti penyamaran, judi dalam talian serta iklan penipuan.


Maklumbalas yang diterima pihak SKMM daripada Meta disifatkan sebagai ‘lelmbab’ dan kurang memuaskan, tidak setimpal dengan kesan dan keseriusan perkara berkenaan yang mengundang kebimbangan orang awam.

Disebabkan tahap kerjasama yang diperolehi daripada Meta tidak memadai, pihak SKMM tidak teragak-agak untuk mengambil langkah definitif atau tindakan perundangan terhadap Meta.

Hal ini adalah sebagai langkah untuk memastikan pengguna mempunyai persekitaran selamat di alam digital selain melindungi mereka.

Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata pihaknya akan mengadakan penemuan dengan pengurusan platform Meta bagi membincangkan isu penipuan dalam talian yang dilihat masih  berleluasa.

facebook messenger chat red flags

Mengulas lanjut tentang perkara berkenaan, SKMM berkata tindakan undang-undang berkenaan adalah perlu dalam menyemai kebertanggungjawaban keselamatan siber dan dalam masa yang sama, memperkasa perlindungan pengguna terhadap kandungan yang memudaratkan.

Pihak SKMM tidak akan berkompromi terhadap sebarang perbuatan penyalahgunaan platform dalam talian dan telekomunikasi, rangkaian atau kemudahan dalam talian secara berterusan untuk aktiviti siber yang berniat jahat.

Tambah SKMM, sebarang kandungan yang mengganggu-gugat kestabilan kaum, keharmonian sosial serta penghinaan terhadap institusi diraja juga tidak akan ‘diberi muka’ oleh pihak mereka.

Sumber : FMT

Baca : Jadi ‘Lubuk’ Jenayah Siber, SKMM Pertimbang Sekat Telegram

skmm pertimbang sekat telegram

 

Sumber: Verified.org

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.