in

Tiada Tindakan Dari Pihak Universiti, Mangsa Gangguan Seksual Buat Petisyen Minta Pensyarah Dipecat

Desak Universiti Untuk Pecat Pensyarah Predator

Korang masih ingat tak beberapa minggu lalu, admin ada menulis satu artikel berkenaan isu seorang gadis yang mendakwa telah menerima gangguan seksual daripada pensyarahnya.

Pensyarahnya dikatakan telah meminta gadis ini untuk menjawab sebuah soalan kaji selidik yang mana isinya mengandungi soalan berunsur lucah.

https://twitter.com/awwinnn_/status/1559413789728325632?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1559413789728325632%7Ctwgr%5E3a91f8b2259386379406321a7c14d5d13da3462d%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Flobakmerah.com%2Fpelajar-dedah-kena-gangguan-seksual-dari-pensyarah-diminta-jawab-soalan-kaji-selidik-lucah%2F

Meskipun sudah membuat laporan polis berkenaan isu ini setahun yang lalu, kes tersebut masih belum mendapat jawapan dan pensyarah itu juga belum menerima apa-apa tindakan.

Masih tak dapat keadilan, gadis buat petisyen desak pensyarah dipecat 

Berasa marah kerana sehingga kini masih tidak mendapat sebarang keadilan dan tiada tindakan yang dikenakan terhadap pensyarah terbabit, gadis ini telah bertindak membuat petisyen bagi mendesak pihak universiti untuk memecat pensyarah berkenaan dari bertugas.

Menerusi petisyen berkenaan, mangsa memberitahu yang semenjak kisahnya viral di Twitter, ramai pelajar lain telah tampil berkongsikan kisah mereka diganggu pensyarah terbabit sejak dari tahun 2006 lagi.

Saya hanya mahu menghalang daripada ramai lagi wanita muda lain di luar sana yang tidak bersalah dari menjadi mangsa seterusnya di samping mengelakkan mereka untuk mengalami trauma amat teruk sepanjang hidup mereka. Seperti yang saya lalui

“Saya minta ***** berhenti menggaji lelaki yang menjijikkan ini dan lihat dia siapa  dia yang sebenarnya, seorang PEMANGSA SEKSUAL BERSIRI,” tulisnya.

Petisyen

Sehingga setakat ini, lebih 5,800 orang telah menandatangani petisyen berkenaan. Diharapkan kes ini mendapat perhatian pihak berkuasa dan mangsa menerima keadilan yang sewajarnya.

Baca: Pelajar Dedah Kena Gangguan Seksual Dari Pensyarah, Diminta Jawab Soalan Kaji Selidik ‘Lucah’

Gangguan

Sumber: Change.org