in

“Tiada pilihan lain” – Penduduk Terpaksa Bancuh Susu Anak Dengan Air Banjir

banjir bancuh air guna air banjir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Banyak negeri yang terkesan teruk dengan bencana banjir kali ini, terutama sekali di bahagian Pantai Timur semenanjung Malaysia seperti Kelantan dan Terengganu sejak hari Ahad lepas.

Nasib penduduk di Kampung Tasek Bakong, Kelantan lebih merunsingkan apabila mereka terpaksa menggunakan air banjir untuk masak dan minum kerana tiada bekalan air bersih yang disalurkan di situ.


Malah, lebih menyedihkan, ada ibu bapa yang terpaksa menggunakan air banjir untuk membancuh susu anak.

Menurut laporan Kosmo!, penduduk di kampung itu terpaksa berbuat demikian kerana pusat pemindahan sementara (PPS) yang terletak di kebun ladang kelapa sawit itu telah dinaiki air setinggi 2 meter.

WhatsApp Image 2022 02 28 at 8.33.47 AM

Wakil mangsa banjir memberitahu, sumber air bersih yang terputus menyebabkan mereka menggunakan air banjir untuk memasak dan minum sepanjang mereka berada di PPS tersebut dan mereka tiada pilihan lain.

“Air banjir itu akan dimasak terlebih dahulu dan ia akan dijadikan minuman dan untuk kegunaan memasak bagi kami. Penduduk turut menggunakan air itu untuk membuat susu 10 bayi yang berada di sini.

Sehingga kini, kami masih menunggu bantuan bekalan air bersih daripada sesiapa sahaja yang sudi meredah banjir datang ke sini,” katanya.

Katanya lagi, sebahagian besar penduduk di situ telah berpindah ke sebuah gudang yang terletak tidak jauh dari kawan kampung berkenaan memandangkan air semakin naik.

Semoga selamat semuanya… 

Baca: “Nak tolong, tolong terus” –  Naim Daniel Pertikai Tindakan Menteri Buat Majlis Bantu Mangsa Banjir

ft naim daniel tindakan KDN

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.