in

Tiada Lagi Pengangkutan Ikonik, Feri Pulau Pinang Bakal Digantikan Dengan Bot Laju Bermula 1 Januari

Ft Feri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengangkutan feri merupakan satu simbol yang ikonik bagi negeri Pulau Pinang buat sekian lama. Kalau tengok filem Mami Jarum sekalipun, babak di dalam feri turut disertakan sebagai ikon negeri itu.

Namun, pengangkutan air tertua negeri ini bakal ditamatkan perkhidmatannya tidak lama lagi.


 

Selepas 126 tahun

Mula beroperasi  sejak tahun 1894, feri ini dikatakan bakal digantikan dengan pengangkutan bot laju bermula 1 Januari 2021.

Tak sempat la min nak naik buat kali terakhir…

Bagaimanapun menurut Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Tan Teik Cheng, bot laju yang bakal diperkenalkan itu hanya akan menampung penumpang pejalan kaki sahaja.

Capture 1 10

Feri sedia ada pada masa kini hanya akan menampung kenderaan beroda dua seperti motorsikal dan basikal, lapor Kosmo!

Perkhidmatan feri bagi kenderaan beroda empat tidak lagi disediakan seperti dahulu dan mereka perlu melalui jambatan Jambatan Pulau Pinang untuk merentas dari tanah besar ke pulau.

 

Beroperasi secara sementara

Penambahbaikan tersebut akan dilaksanakan secara sementara waktu yang dijangka bermula pada 1 Januari 2020 sehingga 30 Jun 2021, lapor Awani.

Selepas daripada tempoh tersebut, menurut Teik Cheng, perkhidmatan teksi air akan mula diperkenalkan.

Tambahnya  lagi, dalam tempoh tersebut terminal Pangkalan Raja Tun Uda dan Pangkalan Sultan Abdul Halim akan diubah suai serta dinaik taraf untuk keselesaan penumpang menyebabkan berlakunya perubahan waktu operasi bagi feri.

Capture 2 5 4

Teik Cheng turut memberi jaminan bahawa perkhidmatan feri serta tambang pengangkutan akan kekal sepanjang tempoh tersebut.

Kita akan semak (waktu dan tambang) jadi semua (rakyat) jangan bimbang… rakyat beri sokongan (perkhidmatan) feri kita buat kali pertama buat perubahan untuk perkhidmatan feri di Penang (Pulau Pinang) kerana kerajaan pun menggalakkan orang ramai guna pengangkutan awam,”

 

Kekalkan nilai sejarah

Sedar akan simbolik feri ini kepada Pulau Pinang, pihak SPPP bercadang untuk mengubah suai feri sedia ada sebagai restoran terapung dan muzium terapung di Tanjung Marina City.

“Kita faham (feri) ikonik, lambang Pulau Pinang (seiring) usia sejarah 120 tahun, jadi kita berhasrat mencadangkan dua buah feri sedia ada supaya buat restoran dan muzim terapung… mereka (pengunjung) boleh datang ke restoran atau mengimbau balik sejarah,”

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Penang Port Sdn Bhd, Sasedharan Vasudevan, teksi air yang bakal diperkenalkan bermula Julai 2022, mampu membawa seramai 200 penumpang dalam satu-satu masa dengan kepantasan pergerakan di antara 10 hingga 15 minit.

Jadi siapa yang berkesempatan, baik korang rasa peluang terakhir ni seblum perkhidmatan ini ditamatkan….

Baca : Yang Pertama Di Dunia! Restoran Nasi Kandar Pandu Lalu Bakal Dibuka Di Pulau Pinang

Capture 15 5

Sumber: Kosmo!
Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.