Tidak dinafikan bahawa pembinaan bangunan pencakar langit di ibu kota boleh menjadi salah satu petanda yang menunjukkan kepada dunia bahawa negara itu sedang pesat membangun.
Namun, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah bahawa tiada makna bangunan pencakar langit yang megah jika masih ada rakyat yang terpaksa mengikat perut dan tidur berbumbungkan langit.
Baginda bertitah sedemikian ketika istiadat pembukaan rasmi Dewan Negeri Perak Kelima Belas di Perak semalam, lapor Astro AWANI.
Selain itu, baginda juga bertitah usaha-usaha untuk membasmi kesusahan dan kemiskinan dalam kalangan rakyat Malaysia juga perlu diteruskan selagi masih ada masyarakat yang miskin.
Artikel Berkaitan: Ini 6 Bangunan Tertinggi Di Malaysia Pada Tahun 2023
Artikel Berkaitan: “Boleh naik 2 kilo!” – Netizen Teruja Banyak Gerai Makanan Di Setiap ‘Stop’ Larian Sultan Nazrin Shah
Di bawah Pelan Perak Sejahtera 2030, negeri itu akan menumpukan untuk menoktahi kemiskinan tegar sekali gus menjamin kesejahteraan sosial rakyat.
Titah baginda lagi, kekayaan negeri itu juga akan diagihkan dengan adil agar ianya dapat dinikmati oleh setiap orang di negeri tersebut.
Betul apa yang dititahkan oleh Sultan Perak, lagipun pencakar langit kat Kuala Lumpur tu pun dah terlalu banyak.
Sumber: Astro AWANI