in

“Tiada barangan milik Afham hilang” – Polis

Syaz Ft 2024 08 16T152526.247

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kematian penyanyi baru, Nidza Afham mengejutkan seluruh rakyat Malaysia, mayat Allahyarham ditemui maut berdekatan Sungai Klang semalam.

Terdapat pelbagai spekulasi mengenai kes ini, salah satunya ialah ada yang mengatakan Allahyarham merupakan mangsa samun.


Artikel berkaitan: “Seorang diri bermundar-mandir” –  Rakaman CCTV Dedah Kelibat Nidza Afham

Artikel berkaitan: Ramai Simpati, Ini Kronologi Kehilangan Nidza Afham Yang Diakhiri Dengan Penemuan Mayat Di Sungai Klang

Cats 19

Pun begitu, menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan mendapati tiada dokumen atau barangan milik mangsa yang hilang.

Malah, difahamkan pihak polis juga tidak menerima laporan dari mana-mana ahli keluarga yang menyatakan ada barang mangsa hilang.

“Oleh itu orang ramai diingatkan tidak mengeluarkan sebarang penyataan negatif atau perkara yg tidak pasti berkaitan siasatan kes ini,” katanya.

Sebelum ini, adik Allahyarham, Afrina Hanie Mokhtar dilaporkan berkata, polis mempercayai kehilangan Nidza Afham berkaitan dengan kes samun susulan kehilangan kad debit dan wang tunai.

Manakala, kad pengenalan, kad pelajar dan gambar disimpan dalam dompet mangsa tidak berusik.

Dalam pada itu, polis mengklasifikasikan kematian penyanyi itu yang ditemukan di Sungai Klang sebagai mati mengejut (SDR).

Sumber: Harian Metro

Sumber: NST

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.