Kemalangan adalah perkara yang kita tak duga akan berlaku. Kebanyakan kereta telah dilindungi oleh pakej insurans yang boleh membantu kita untuk menebus semula kos-kos yang ditanggung akibat kemalangan.
Sememangnya boleh dikatakan semua sayang kereta kita dan berusaha untuk memastikan kereta kita sentiasa di dalam keadaan yang cantik seperti baru beli.
Gesel kereta sendiri, sangat aneh!
Namun, berbeza dengan situasi yang dikongsi oleh seorang pengguna TikTok (@isqandar70) apabila melihat sebuah kereta Myvi yang melakukan tindakan aneh menggesel kereta sendiri ke dinding sebuah terowong di Kuala Lumpur. Walaubagaimanapun, waktu kejadian yang sebenar masih belum dikenal pasti.
@
“Myvi! Kau king beb!”
Pemilik video tersebut merasai tindakan pemandu Myvi itu sangat pelik dan tertanya-tanya apa sebab kenderaan tersebut bergesel dengan dinding.
Dalam video tersebut juga pemilik video mengatakan bahawa semua pengguna jalan raya takut untuk melepasi kereta tersebut kerana memikirkan risiko yang kemalangan akan berlaku.
Timbul persoalan daripada netizen!
Video yang dikongsi mendapat perhatian ramai orang lebih-lebih lagi apabila situasi tersebut seakan baru dan tidak pernah dilihat sebelum ini.
Ada yang mengatakan bahawa pemilik tersebut ingin menebus insurans dan ada yang berfikiran positif bahawa katanya kereta itu mungkin mengalami masalah brek dan cuba untuk memberhentikan kenderaan.
Pelbagai spekulasi yang dibuat dan masih kekal misteri tanpa jawapan.
Apa-apa sebab pun min harap kita sebagai pengguna jalan raya seharusnya sentiasa cermat dalam memandu dan bersifat prihatin terhadap pengguna yang lain. Korang rasa sebab apa kereta tu buat macam tu?
Baca: Tular Gambar Kemalangan Maut Lelaki Tersepit Celah Tayar Myvi, Ini Kronologi Dari Polis