in

#Throwback: Kronologi Pembunuhan Noritta Samsudin, Suspek Serah Diri Tapi Didapati Tak Bersalah

Collage 32

Tahun 2003, negara digemparkan dengan penemuan mayat seorang wanita dalam keadaan tertiarap di lantai dengan kepala dibungkus dengan sarung bantal, cebisan tuala dalam mulut sambil tangan dan kakinya diikat dengan wayar seterika.

Namun sehingga ke hari ini, pembunuh wanita ini masih bebas dan kes ini tergantung sepi tanpa penyelesaian.

Untuk korang yang tak pernah tahu pasal kes ni atau nak refresh balik memori korang, dekat bawah ni adalah kronologi lengkap tentang salah satu kes yang pernah menggegarkan Malaysia 17 tahun dulu.

Bau busuk & bayang-bayang lelaki

Images 2

Noritta Samsudin merupakan gadis muda yang tinggal di rumah sewa dekat Sri Hartamas bersama dua kawannya yang merupakan pasangan kekasih, Kenneth dan Azora.

Pada 5 Desember lalu, kira-kira jam 4.30 pagi, Kenneth dan Azora yang baru pulang dari kelab malam itu pelik bila mereka lihat keadaan rumah gelap-gelita.

Mungkin untuk korang, rumah gelap tu perkara biasalah kan bila dah masuk tidur? Namun apa yang membuatkan pasangan ini pelik adalah kerana, mereka bertiga dah bersetuju untuk sentiasa nyalakan lampu di ruangan makan pada waktu malam bagi memudahkan perjalanan di dalam rumah.

Bila Kenneth dan Azora buka pintu rumah, mereka terhidu bau busuk yang tak pernah dorang bau sebelum ni. Bila dah masuk ke rumah, Kenneth kunci semula pintunya sebelum dorang berjalan menuju ke bilik tanpa membuka lampu.

Semasa Kenneth sibuk buka pintu biliknya, Azora terlihat kelibat seorang lelaki lalu di sebelahnya tapi tak dihiraukan kerana menyangka lelaki tersebut adalah tetamu Noritta disebabkan bau busuk dorang hidu sebelum ni.

“Reaksi Nor Azora terhadap bau tersebut adalah dia menyangka si mati mempunyai pelawat kerana itu adalah kali pertama dia hidu bau busuk seperti itu.”

Selepas masuk ke dalam bilik, Azora bertanya jika teman lelakinya ini nampak bayang-bayang yang dia lihat itu, tapi lelaki tersebut mengatakan tidak dan menganggap itu hanyalah imaginasi Azora.

Tak sedap hati, Azora membuat keputusan untuk keluar dari bilik dan cari lelaki yang dia nampak tadi. Tapi selepas melihat bahagian dapur dan ruang tamu, dia tak jumpa sesiapa tapi melihat pintu rumahnya tak berkunci. Masalahnya, Azora yakin yang teman lelakinya itu dah kunci pintu tersebut.

Pasangan yang curiga ini kemudiannya memanggil nama Noritta beberapa kali tapi tak bersahut sebelum Azora meminta Kenneth untuk turun ke pondok pengawal dan periksa sekiranya ada tetamu yang datang ke rumah dorang atau rumah dorang dah dipecah masuk.

Sementara menunggu Kenneth, Azora perasan yang pintu bilik Noritta terbuka sedikit. Dia cuba intai ke dalam, tapi kerana keadaan gelap, wanita ini membuat keputusan untuk buka lampu bilik itu dan melihat keadaan bilik tersebut berselerak namun kelibat Noritta tak kelihatan.

Sambil memanggil nama Noritta, Azora menarik selimut yang menutupi katil dan melihat Noritta terbaring dalam keadaan tertiarap dalam keadaan bogel sambil tangan dan kakinya diikat dengan wayar seterika dan kepala dibungkus dalam sarung bantal.

Noritta Samsudin 1

Azora yang panik dengan apa yang dilihatnya itu terus masuk ke dalam bilik dan bergegas menuju ke arah tingkap untuk memanggil Kenneth. Ketika inilah dia perasan seorang lelaki sedang berjalan menujuk ke pondok pengawal sambil menyarungkan baju.

Azora merasakan lelaki tersebut adalah lelaki yang sama dia nampak dalam rumah tadi dan menjerit meminta lelaki itu berhenti sambil bergegas turun ke bawah untuk menahan lelaki tersebut dan meminta pengawal di sana melakukan perkara yang sama tapi pengawal tersebut mengatakan yang dia tak nampak sesiapa lalu di sana.

Kenneth kemudiannya meminta ketua pengawal untuk naik ke rumah bersamanya. Bila dia masuk ke dalam bilik, Kenneth melihat keadaan Noritta tertiarap seperti ditemui Azora dan cuba memanggil nama wanita ini beberapa kali tapi tak ada sahutan.

Kenneth kemudiannya membuka sarung bantal yang membungkusi kepala rakan serumahnya itu sebelum menemui sarung bantal peluk yang digunakan untuk mengikat mulut Noritta. Bila sarung bantal peluk itu dibuka, secebis tuala muka jatuh keluar dari mulutnya.

Lelaki ini cuba untuk sedarkan Noritta dengan memberikan bantuan CPR namun gagal dan terus menelefon pihak polis yang kemudiannya mengesahkan Noritta telah pun meninggal dunia.

Mangsa rogol atau adegan seks bertukar tragedi?

Pihak polis menjalankan siasatan mereka dengan mengambil bahan-bahan bukti termasuk tilam, beberapa helai tisu dalam bakul sampah yang mempunyai kesan air mani dan wayar yang digunakan untuk mengikat Noritta.

Dari bahan-bahan bukti ini, pihak polis menemui beberapa sampel DNA, satu adalah milik Noritta manakala yang lain adalah milik dua lelaki lain.

Salah satu DNA lelaki yang ditemui adalah milik Hanif Basree Abdul Rahman, dipercayai teman lelaki Noritta yang datang sendiri ke balai polis untuk menyerah diri.

Kalau korang nak tahu, DNA Hanif telah ditemui pada kain tuala yang ada dalam mulut mangsa, pada bantal peluk dan pada lapan dari 11 tisu yang ada dalam tong sampah.

Kerana ini, dia telah didakwa sebagai suspek utama pembunuhan Noritta.

Perbicaraan kes

Aanoritta

Ketika kes dibicarakan, pendakwa raya telah memberikan bukti Hanif rasa bersalah kerana sebelum lelaki ini menyerah diri, dia telah mencukur bulu kemaluannya dan memotong kuku.

Menurut pendakwa raya, tindakan ini menunjukkan seperti Hanif cuba untuk musnahkan bukti yang mengaitkan dia dan Noritta. Bukan tu je, pendakwa raya turut memberitahu, Hanif juga ada bertanya sama ada boleh atau tak bukti DNA menempatkan dia di bilik Noritta pada malam pembunuhan berlaku.

Pendakwa raya turut memanggil pengawal keselamatan sebagai saksi untuk memberikan testimoni mereka di mahkamah dan mereka mengesahkan yang Hanif merupakan pengunjung tetap di kondo itu dan biasanya dia akan datang bersama Noritta pada jam 2 pagi.

Di hari kejadian pula, Hanif telah memasuki kondo tersebut sebelum pukul 1 dan mereka nampak suspek dan mangsa bercakap dengan dua pasangan Melayu di dalam kereta Kancil di luar kawasan kondo dan tak nampak suspek meninggalkan kawasan kondo.

Kerana fizikal Hanif yang mempunyai ketinggian lebih kurang 6 kaki, ia membuatkan pengawal-pengawal ini mudah untuk cam kehadiran Hanif di kondo tersebut.

Bukti DNA dan testimoni dari pengawal-pengawal keselamatan ni menampakkan yang Hanif bersalah, tapi macam mana dia boleh terlepas?

Mahkamah tetapkan Hanif bukan pembunuh Noritta

Aanorin

Walaupun bukti menunjukkan Hanif mungkin bertanggungjawab atas kematian Norrita, ada beberapa persoalan berbangkit yang tak dapat menjelaskan sama ada Hanif adalah pembunuh sebenar.

Ini disebabkan, testimoni yang diberikan oleh pengawal keselamatan hanya menunjukkan yang Hanif ada di kondo tersebut ketika waktu pembunuhan dan bukan dia bunuh mangsa.

Manakala DNA pula, walaupun jelas menunjukkan Hanif melakukan hubungan seks sebelum mangsa meninggal dunia, ia tak membuktikan lelaki ini merupakan orang terakhir bersama dengan mangsa.

Tambah merumitkan keadaan, mahkamah turut dapat tahu, dua pengawal tersebut telah memberikan testimoni lain kepada pihak polis dan menukar cerita mereka beberapa kali.

Kenyataan awal mereka mengatakan yang dorang nampak Hanif di kondo tersebut tapi sehari sebelum pembunuhan berlaku.

Pengawal-pengawal ini cuba memberitahu yang ketika disoal siasat oleh pihak polis, mereka berada dalam keadaan panik dan gagal untuk ingat apa yang berlaku.

Kerana ini, mahkamah telah menolak testimoni dari dua pengawal keselamatan ini.

Hakim kemudiannya membuat keputusan untuk membebaskan Hanif atas empat sebab ini.

  1. Mahkamah dapati dua pengawal keselamatan tersebut bukan saksi yang boleh dipercayai.
  2. Pendakwa raya gagal menjelaskan tentang bau busuk yang dihidu oleh Kenneth dan Azora.
  3. Pendakwa raya gagal buktikan Hanif merupakan orang terakhir melakukan hubungan badan dengan Norrita.
  4. Pendakwa raya gagal jelaskan satu lagi DNA milik lelaki yang tak diketahui.

Disebabkan keputusan bedah siasat menunjukkan tangan dan kaki Noritta diikat selepas wanita ini meninggal dan pada wayar seterika yang digunakan untuk mengikatnya itu hanya ada DNA lelaki tak dikenali tersebut, ada kebarangkalian pembunuh sebenar adalah orang terakhir yang ada bersama Noritta pada malam itu.

Pembunuh masih bebas

Walaupun peguam bela mengatakan yang kes ini mungkin hanya kes aktiviti di bilik tidur bertukar tragedi, tapi bukti menunjukkan, tuala yang digunakan untuk menyumbat mulut mangsa dengan paksaan itu telah menyebabkan lidahnya gagal berfungsi dan menyebabkan mangsa tercekik dan laluan pernafasannya tersumbat.

Sehingga hari ini, lelaki misteri pemilik DNA kedua itu gagal ditemui. Berdasarkan fakta pula, tak ada tanda-tanda rumah mangsa dipecah masuk. Ini bermakna, Noritta mungkin kenal dengan pembunuhnya…

Tambah menjadi misteri, kes Noritta ini telah diklasifikasikan sebagai Akta Rahsia Rasmi. Ini bermakna, sebarang siasatan lanjut mengenai kes ini akan menjadi rahsia kerajaan. Bagi pengetahuan awam pula, kes ini dianggap tamat.

Sumber: Ask Legal, Twitter, The Coverage

 

Baca: “Mayat dia, saya isikan dalam guni” – #Throwback Kronologi Pembunuhan Kejam Along Spoon

Screenshot 2020 07 21 At 4.59.11 Pm