in

Throwback: 13 Band Femes Ini Imbas Kembali Zaman Muda-Mudi Korang Tahun 90an

Ggg

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman 90an boleh dikatakan zaman yang paling gemilang bagi industri muzik Malaysia sebab kita berjaya lahirkan banyak penyanyi hebat macam Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Sheila Majid, Ning Baizura, Anuar Zain dan Ziana Zain. Selain dari penyanyi, band era 90an jugak boleh tahan hebatnya sebab masih diingati sampai sekarang.

Jom kita throwback 13 band femes 90an yang mengimbau kembali zaman muda-mudi kita dulu! Boleh selongkar kaset lama dalam peti besi dah ni! 


 

1. KRU

Kru25
sumber: kruzone

Bagi yang tertanya-tanya KRU tu maksudnya apa, ia ialah singkatan bagi nama Kumpulan Rap Unik yang dianggotai tiga bersaudara iaitu Norman, Yusry dan Edry Abdul Halim. Ditubuhkan pada 1992, KRU boleh dikatakan antara boyband zaman 90s yang paling lama bertahan kalau nak dibanding dengan kumpulan yang sezaman dengan dorang. Menjadi pencetus aliran muzik rap dan hip hop sebelum munculnya TooPhat, mereka ni femes dengan lagu seperti Awas, Ooh! La! La! dan Fanatik.

KRU sekarang bukan saja ada artis rakaman sendiri, dorang jugak dah terbitkan drama dan filem tempatan yang hebat macam Vikingdom, Magika, Cicakman dan lain-lain. Namun, kumpulan ni dikatakan akan bubar pada Mei depan lepas 26 tahun ditubuhkan.

 

2. 4U2C

Czwt8Meusae93Ej
sumber: twitter

Kumpulan yang ditubuhkan oleh Mizal Zaini atau yang korang kenal sekarang sebagai AC Mizal aka Inspektor Mazlan ni sangat terkenal dengan sebuah lagu bertajuk Fiona. Ye lah siapa yang dapat lupa music video band ni di mana anggota dia gantung CD besar kat dada dorang tu. Papepun, 4U2C asalnya bermula dengan tiga orang ahli sebelum dorang berkembang lagi jadi 7 orang semuanya. Walaupun 4U2C tak bertahan lama seperti KRU, dorang ni pernah jadi fenomena apabila dipilih jadi duta minuman tin yang bernama RAP.

Walau bagaimanapun, 4U2C akhirnya bubar sebab pergolakan dalaman pada akhir 1990-an. Selepas berbelas tahun berlalu, AC Mizal tubuhkan semula kumpulan ForUToC yang dianggap pengganti kepada kumpulan lama pada 2014.

 

3. Shades

Shades
sumber: media hiburan

Bawa elemen muzik acapella, R&B dan rap, kumpulan Shades ni sangat femes dengan lagu Jangan Ucap Selamat Tinggal, Malam dan Yang Teristimewa. Kumpulan ni asalnya terdiri daripada tiga orang sebelum berkembang jadi lima yang dianggotai Izzee, Nazrea, Jeri, Saiful dan Wan. Bukan sekadar femes di kalangan peminat, Shades pernah menang AIM 1996 dalam kategori Artis Baru Terbaik dan Vokal Berkumpulan Terbaik. Shades kali terakhir buat ‘comeback’ pada tahun 2012, ketika dorang berkolaborasi dengan kumpulan A to Z, Kool dan Nico.

 

4. Slam

Slam 1996
sumber: blog

Aktif sekitar tahun 1992 hingga penghujung 1999, Slam dianggotai Zamani, Shah, Man, Eddie, Lili dan Ajak yang memang sangat digilai remaja pada era tersebut. Antara lagu berhantu Slam yang pernah duduki carta teratas muzik Malaysia dan Indonesia ialah Gerimis Mengundang, Tak Mungkin Berpaling dan Kembali Terjalin. Album Slam pernah terjual sebanyak 300,000 unit kat pasaran Malaysia dan Singapura serta 500,000 di Indonesia. Wow! Hingga kini, Slam masih lagi diminati walaupun mendapat saingan daripada kumpulan muzik moden.

 

5. Kool 

Et1 Big
sumber: utusan online

KOOL atau nama panjang bagi ‘Kami Orang-Orang Lama’ ni dianggotai oleh Jay, Hairie, Pat, Riot dan Zack. Mereka ni mula dikenali ramai ketika menggantikan Ning Baizura untuk lagu ‘Kau dan Aku’ dalam Separuh Akhir Muzik-Muzik tahun 1995. Muncul dengan tiga album iaitu Bebas, Satu Arah dan Fantasi, Kool pernah wakili Malaysia untuk MTV Malaysia dan Jepun serta pernah ke Festival Muzik Shanghai dan menang tempat ketiga dalam acara tu. Kool masih aktif sehingga tahun 2012 je sebelum dorang gabung dengan kumpulan lain dibawah nama GX4.

 

6. A to Z

Hqdefault
sumber: youtube

Membawa genre lagu Melayu yang berunsur daerah dan loghat Kelantan, A to Z dianggotai oleh Lan, Jeff, Fendi dan Chap. Antara mereka berempat, Lan lah yang paling sukses bila dia membintangi filem Gemerlapan sebagai hero di samping penyanyi kumpulan Res 2, Baby dan Maya Matahari. A to Z yang sangat terkenal dengan lagu Itik Gembo Gembo pernah menghasilkan lima album dengan album terakhir pada tahun 2000. Kumpulan ni hanya tinggal tiga orang ahli lepas Fendi meninggal dunia 23 April 2008 lalu.

 

7. ELITE

Et2 Big
sumber: utusan online

Seperti KRU, Elite boleh dikatakan sebagai band wanita yang terkenal dan masih diingati sampai sekarang. Bagi yang tak tahu, Elite sebenarnya artis dibawah naungan KRU Records yang pertama dan ditubuhkan pada tahun 1996. Ia dianggotai Azza, Sasha, Watie, Abby Abadi, Linda dan dua lagi anggota baru yang ditukar iaitu Fiza dan Hana. Mendapat jolokan Spice Girls Malaysia, Elite sangat femes dengan lagu Tamparan Wanita, Trauma dan Manisnya Senyumanmu. Elite tidak lagi aktif kini dan kebanyakan anggotanya terjun ke dunia lakonan.

 

8. Ukays

Uks2
sumber: blog

Masa di awal kemunculan, kumpulan Ukays ni tak berapa dapat sambutan sebab vokal ahli kumpulan yang tak mantap dan label muzik dorang, Varia Music pulak ditutup sebab alami kerugian. Tapi beberapa tahun lepas tu, Saari Amri buka syarikatnya sendiri dan jadikan Ukays artis rakaman pertama di Mekar Production. Sejak dari tu, populariti Ukays memuncak naik lepas muncul dengan album Bisa Berbisa dan terjual sebanyak 350,000 unit. Ukays terkenal dengan lagu Di Sana Menanti Di Sini Menunggu dan tidak lagi aktif kini.

 

9. XPDC

11042942 1565633370350662 3713136559799677365 N
sumber: wikipedia

XPDC ialah kumpulan heavy metal yang femes dengan lagu rock tangkap leleh macam C.I.N.T.A  dan Misteri Mimpi Syakila. Selalu bertukar-tukar ahli kumpulan kerana masalah dalaman, XPDC dah pun menghasilkan lebih daripada 10 album dan lagu C.I.N.T.A ciptaan ZN Kevin dan JS Kevin pernah ke final Juara Lagu 1990. Album mereka bertajuk Brutal jugak pernah terjual sehingga 350,000 unit. Tapi kumpulan ni akhirnya berkubur sebab banyak ahli keluar masuk dan masalah yang tak selesai antara ahli kumpulan.

 

10. Feminin

G2 05
sumber: blog

Sebelum Elite muncul di arena muzik Malaysia, Feminin merupakan girl band rap pertama di Malaysia yang dianggotai As, Yatie, Watie, Deq Nor dan Along ni terlebih dahulu warnai arena muzik Malaysia. Tapi kumpulan ni takdelah bertahan lama macam Elite dan dibubarkan pada 1997 selepas enam tahun ditubuhkan. Antara lagu mereka yang popular sampai sekarang ialah Untukmu dan Kini. Dorang pernah buat comeback dengan remix kan lagu Untukmu buat peminat.

 

11. Exists

sumber: blog

Muncul seawal 1991, band Exists mula mencipta nama dengan lagu Ibu sehingga berjaya masuk peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 1992. Namun sejak penubuhan mereka, kumpulan ni asyik tukar masuk ahli sehinggalah tahun 2008 apabila penyanyi Zulkifli Daud dipilih untuk ganti Ezad sebagai penyanyi utama. Album Exists pernah catat jualan yang membanggakan macam boy band lain sebanyak 250,000 unit. Antara lagu terkenal dari Exists ialah Jesnita, Alasanmu, Kerana Percayakan Siti dan lain-lain. Bagi yang tak tahu, pencipta lagu Ajai juga berasal daripada kumpulan ni.

 

12. Innuendo

Bjiwa
sumber: blog

Kumpulan yang ketengahan genre soul dan R&B ni bukan saja terkenal dalam kalangan Melayu tetapi bangsa lain jugak amat menggemari band Innuendo. Antara lagu yang femes dari band ini ialah Belaian Jiwa dan Selamanya. Innuendo jugak banyak menghasilkan lagu Inggeris dan berkolaborasi dengan artis macam TooPhat, Adibah Noor dan Camelia. Dorang pernah meraih anugerah Video Muzik Terbaik dan Susunan Lagu Terbaik di AIM 2002. Kini Innuendo hanya bekerja di belakang tabir hasilkan lagu untuk bakat baru.

 

13. New Boyz

1 2
sumber: blog

Muncul pada akhir 1990an, New Boyz dianggotai lima orang ahli lelaki dan salah seorangnya ialah  Tomok yang kadang-kadang bergerak solo. New Boyz ni sangat femes di kalangan gegadis sehinggalah dorang dicalonkan sebanyak dua kali di ABPBH dalam kategori Penyanyi Duo/Kumpulan Popular. Lagu paling hit daripada New Boyz ialah Sejarah Mungkin Berulang. Sehingga kini, New Boyz masih lagi aktif walaupun dah lama tak keluarkan album.

Macam mana? Terimbau tak kenangan 90an dengan throwback bands ni semua? Kami gerenti korang mesti tengah bukak Youtube nak dengar lagu dari kumpulan legend ni semua kan! 

Baca: Siapa Ingat Filem Blok 404 & Kem 505? Filem Femes Zaman VCD. Jom Throwback! 

404

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.