Daripada ‘Abdullah (‘Abdullah bin Mas’ud) daripada Nabi SAW bahawasanya baginda SAW pernah berdoa:
“Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu petunjuk, ketaqwaan, al-iffah (terhindar daripada perbuatan yang tidak baik) dan kecukupan (tidak meminta-minta,).”
Tragedi Jumaat berdarah yang berlaku di Christchurch sehingga mengorbankan 50 nyawa bukan sesuatu yang disangka, ia berlaku secara tiba-tiba dan tidak memilih mangsa. Malang buat jemaah di dua masjid apabila menjadi mangsa kekejaman ‘pengganas’ yang didakwa terpesong dengan fahamannya.
Namun semua itu telah ditakdirkan Yang Maha Esa, mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Tanpa kita sedar seluruh dunia memberi sokongan padu tidak berbelah bahagi kepada umat islam khsususnya di New Zealand. Malah seluruh pelusuk negara menunjukkan solidariti dengan cara masing-masing.
Warga New Zealand penuhi masjid belajar Agama Islam
Terbaharu, di New Zealand satu video yang di kongsikan page Converts to Islam di facebook memaparkan ramai rakyat di negara itu mengunjungi masjid bagi mempelajari dan mendalami Agama Islam.
Dalam video berdurasi 57 saat itu nampak mereka duduk dengan tenang, lihat dengan penuh fokus segala apa yang dilakukan jemaah di dalam masjid tersebut..Masyaallah 🙂
https://www.facebook.com/Islamforallhumanity/videos/828338057513761/?__xts__[0]=68.ARD3q1tVC0BQqLvAq7Q4CI9Wl2g98CrdDIPZ10EdR8Zc8pg1Wx8RNDFFfpHopX1xvCfp1Jpjssj35ts6i9nWw2rssqLnOs5tg8GqgMclmsSZ581x9Hlb_IWTN6gJPUNdc0_Q4jtxdqA_iQaFYt0F2dk-8o2CRz8GC7uTX_eFavz0X_6VeqRbZV1H16WZwVlTxlnbFYWhzn78gTsUWkReHiN1b6OmPfq0coUuOSqjb5t61mhnVwooE0Mwc3A5-LLwnhux8UsDzKygH8wIptC5Wjxs3iUoNOR_A3YL5tq46ygsOQ6hTzJ6hcrC4Js7MYhmKppz-HO6NDhXaW9JFYsOzXTYpmBQW_DBoxEJfw&__tn__=-R
Mungkin inilah hikmah kepada apa yang telah berlaku. Insiden yang telah membuka mata ramai pihak betapa Agama Islam itu menolak keganasan sebaliknya mengamalkan pendekatan yang lebih aman dan berlemah lembut.
Video yang dimuatnaik semalam itu sehingga kini telah mendapat lebih 323,000 tontonan, 6.1k shares dan lebih 3.6k likes.
Malah rata-rata memuji sifat dan peribadi rakyat New Zealand yang dilihat terbuka dan memahami pendekatan yang diamalkan agama lain.
What are we seeing is more respect and humanity
May Allah bless the people of New Zealand
Semoga kita seluruh dunia bersatu tanpa mengira bangsa, agama mahupun warna kulit.