Sebelum ini, banyak hospital swasta dan kerajaan negeri merayu supaya mereka juga diberikan kebenaran untuk menguruskan pemberian vaksin bagi mempercepatkan proses vaksinasi di negara ini.
Oleh kerana ini, menteri yang menguruskan Program Imunisasi Covid-19 Negara (NIP), Khairy Jamaluddin mengatakan kerajaan negeri dan hospital swasta boleh membeli vaksin Covid-19 asalkan bukan vaksin yang digunakan oleh NIP, lapor Malay Mail.
Katanya, kerajaan negeri dan hospital swasta boleh membeli vaksin Sinophram dari China dan Moderna dari Amerika Syarikat namun menegaskan yang vaksin tersebut mestilah diluluskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Kalau kerajaan negeri nak beli vaksin mereka sendiri dan bawa vaksin lain masuk, dorang boleh berbuat demikian, malah kita boleh bantu mereka.”
Khairy mengatakan, kerajaan persekutuan tak menghalang mana-mana kerajaan negeri untuk membeli vaksin sendiri serta menafikan terdapat monopoli pembekalan vaksin Covid-19 ke Malaysia.
Tambahnya, kerajaan negeri dan hospital swasta yang berminat untuk membeli vaksin hanya perlu daftarkan diri ke Agensi Peraturan Farmasi Nasional Kementerian Kesihatan (NPRA) malah pendaftarannya juga prosedur yang mudah.
Tapi, jika mereka nak dapatkan vaksin dari supplier yang sama dengan kerajaan persekutuan seperti Sinovac dan Pfizer, mereka perlu tunggu supplier selesaikan pesanan kerajaan persekutuan dahulu.
Pembekal perlu selesaikan pesanan kami dulu bila dah selesai barulah boleh supply pada kerajaan negeri.”
Begitu juga dengan hospital swasta, mereka perlu tunggu giliran jika mahu dapatkan vaksin dari pembekal yang sama dengan kerajaan persekutuan.
Selain Sinovac, Pfizer dan AstraZeneca, WHO juga telah luluskan Sinophram, Serum Institute of India, Janssen dan Moderna untuk kegunaan kecemasan.
Ha korang sanggup tak bayar untuk dapatkan vaksin?
Baca: Nak Uji Keberkesanan Vaksin, Sepanyol Anjur ‘Konsert’ Dihadiri 5,000 Orang Tanpa Social Distancing