Kalau korang peminat Black Eyed Peas, mesti tahu pasal lagu popular dorang “Where Is The Love” kan?
Hujung minggu lepas, Black Eyed Peas adakan konsert tertutup di Malaysia dan seorang netizen telah memuatnaik video di Twitter menunjukkan penyanyi utama kumpulan hip-hop ini meluahkan rasa cintanya kepada Malaysia.

Dalam video dekat bawah ni, korang boleh tengok Will.I.Am beri ucapan menyentuh hati tentang macam mana orang Malaysia cepat memberikan respon untuk membantu Indonesia selepas tragedi tsunami pada tahun 2004 di Bandar Aceh yang telah membunuh lebih 220,000 orang itu.
So we had Black Eyed Peas performing tonight and here's what they had to say about Malaysia pic.twitter.com/xUsBXCuRdL
— M'ran (@ImranSyaffi) December 6, 2019
“Saya nak bagitahu kenapa saya sayangkan Malaysia… Tsunami yang telah mengambil banyak nyawa dan pada Mac 2005, saya terbang ke Malaysia pada hari lahir saya 15 Mac kerana Malaysia sedang buat bantuan untuk mangsa tsunami di Indonesia.
“Jadi saya terbang ke Malaysia untuk bantu Indonesia dan itu merupakan kenangan yang terindah. Berada di negara ini pada tahun 2005 untuk bantu mangsa tsunami dan lihat sendiri macam mana rakyat Malaysia bantu negara jiran.”
Ia merupakan kenangan yang magikal, menyentuh hati dan membuka mata.”
“Saya nak ucapkan terima kasih kepada Malaysia kerana membantu orang Indonesia. Walaupun benda ni berlaku pada tahun 2005, ia adalah perkara yang terindah dan saya sedar yang saya sangat sayangkan negara ini kerana kita tak perlu tanya “where is the love?” lagi kerana love is right here in Malaysia!”
Sejurus selepas dia mengakhiri ucapan yang sangat menyentuh hati ni, kumpulan ini terus memainkan lagu hit mereka. “Where Is The Love” sambil disambut dengan sorakan oleh semua rakyat Malaysia!
Aaaaa so sweet!