The Knights Award Musim 3 bakal dianjurkan oleh Ahli Majlis The Knights Award bersama Mee Hiris China Muslim dan baru-baru ini sebuah acara bagi melancarkan sesi pencalonan anugerah tersebut telah diadakan, menampilkan pelbagai organisasi dan tokoh masyarakat yang disegani.
Sepanjang dua penganjuran anugerah ini sebelum ini, platform pengiktirafan anugerah antarabangsa ini telah meraikan lebih 100 pencapaian merentasi pelbagai bidang selain membentuk platform elit bagi perkongsian yang utuh.
Lebih menarik, jawatankuasa penganjur berhasrat untuk meningkatkan Anugerah The Knights Award Musim 3 ke tahap lebih tinggi dan dijangkakan bakal disertai oleh wakil dari 30 buah negara dan majlis penganugerahan ini akan diadakan di Dewan Filharmonik PETRONAS di Menara Berkembar PETRONAS, KLCC.
Majlis penganugerahan The Knights Award Musim 3 bakal diserikan lagi dengan kehadiran Daniel Powter yang terkenal dengan lagu ‘Bad Day’ yang kini mempunyai lebih 500 juta pendengar di Spotify dan bakal membuat persembahan sulungnya di acara tersebut.
Dalam masa yang sama, majlis anugerah ini juga turut diserikan oleh kehadiran Presiden Kebangsaan Associated Zong Xiang Chinese Chamber Dato Sri Robert Lim, pelakon terkenal Hong Kong Encik Philip Keung, Cik Goh Liu Ying antara pemain badminton terbaik dunia beregu campuran, Datuk Eric Chong, dan ramai lagi.
Dalam sidang media baru-baru ini, dua Memorandum Persefahaman (MOU) membabitkan The Knights Award telah ditandatangani. Pertama, dengan Mee Hiris China Muslim selaku penganjur bersama majlis anugerah dan Commonwealth Youth Innovation Hub.
Melalui perjanjian strategik berkenaan, pelbagai peluang dan akses rangkaian pasaran antarabangsa terbuka untuk pemenang anugerah. Secara tidak langsung ia akan mempertingkatkan capaian global The Knights Award dan memupuk platform dinamik untuk pertukaran dan inovasi silang budaya.
Tulang belakang acara ini ialah Ahli Majlis, yang terdiri daripada ramai pemimpin terbilang dari pelbagai industri dan negara.
Antaranya;
- Tan Sri Dato’ Sri Ong Tee Keat, Presiden Malaysia-China Silk Road Business Chamber;
- Prof Tan Sri Datuk Dr Ghauth Jasmon, Presiden Pengasas Universiti Multimedia Malaysia;
- Dato Hj Ismail Nordin, Pengerusi Koperasi Kewangan dan Perumahan (FICCOP);
- YBHG.PPJ. Bersekutu (PA) Puan Sri To’ Puan Datuk Prof Dr Shariffa Sabrina Binti Syed Akil, Presiden Yayasan Kecergasan Sukan Wanita Malaysia;
- Datuk Dr Kumararajah, Ahli Majlis Dewan Perniagaan dan Perindustrian Negara Malaysia;
- Juan Jose Delgado, bekas Ketua Pegawai Pemasaran Amazon;
- Dr Jon Low, Pakar Stomatologi;
- Dr. Kishva Ambigapathy, Esq., Pengerusi Commonwealth Youth Innovation Hub;
- DJL Jonathan Lim, usahawan terkenal;
- Esther Hor, Naqiz & Partners, Ahli RHT Law Asia;
- Bon Zainal, Pengasas Persatuan Pereka Bumiputera Malaysia (MBDA)
- Kelvin Chan Kin Man, Artis TVB Hong Kong yang terkenal.
Pemenang The Knights Award akan diraikan di Majlis Gilang Gemilang atas sumbangan luar biasa mereka kepada industri dan mereka bakal terlibat dengan beberapa siri strategi penjenamaan yang bertujuan untuk meningkatkan kecemerlangan, inovasi dan kemampanan mereka.
Dalam masa yang sama, misi The Knights Award adalah untuk mewujudkan perhubungan elit antara pemimpin yang memacu kejayaan komuniti perniagaan dan perkembangan positif ekonomi;. Misi keduanya ialah bagi memperkasakan perniagaan dan individu dengan kecemerlangan jenama dan kepimpinan pasaran, seterusnya mendayakan kerjasama rentas sempadan dan juga industri untuk pendedahan pasaran maksimum dan kejayaan bersama.
“Bersedialah untuk detik-detik mengujakan dalam Anugerah Musim 3 ini” – Dr Zyro Wong
Tambahnya lagi, hanya dalam tempoh satu tahun anugerah tersebut telah meraikan lebih 100 kisah kejayaan yang merangkumi pelbagai negara dan tahun ini dijangkakan penyertaan daripada sekurang-kurangnya 30 buah negara dan berharap dengan setiap perkongsian yang terjalin, ianya akan membuka jalan kepada pemenang anugerah untuk mencapai sinergi yang lebih cemerlang.
The Knights Award Musim 3 akan diadakan pada Oktober 2024 di Dewan Filharmonik PETRONAS, Menara Berkembar PETRONAS, KLCC. Standard anugerah itu akan dipertingkatkan lagi dengan kehadiran lebih ramai pemimpin perniagaan antarabangsa dan nasional, selebriti, pempengaruh dan pemegang taruh.
Dalam pada itu, sidang media yang diadakan tersebut mendapat pujian daripada Daniel Powter dari Amerika, pelakon terkemuka Dato Aaron Aziz, Putri Ariani dari Indonesia dan Leagenda Pencipta Minyak Wangi terkemuka Dr Yusuf Bhai dari UAE yang menyampaikan ucapan tahniah mereka melalui mesej video.
Sidang media tersebut juga berfungsi sebagai platform bagi penganjur untuk mendedahkan selok-belok kategori anugerah, kriteria pemilihan dan proses pencalonan. Selain itu, ia memberi tetamu dan ahli media peluang untuk terlibat dalam dialog, bertanya soalan dan menawarkan maklum balas yang berharga mengenai acara tersebut.
The Knights Award Musim Ke-3, dengan bangganya dipersembahkan oleh Mee Hiris China Muslim dibuka sekarang. Untuk maklumat lanjut tentang pencalonan, sila layari laman web The Knights Award. Anda juga boleh ikuti The Knights Award di Facebook dan juga Instagram. Untuk sebarang pertanyaan media, sila hubungi :
Name: Gabriel Teo (Communication Director)
Organisation: The Knights Award Season 2
Email: contact@theknightsaward.com
Website: www.theknightsaward.com
Phone: +601123323671 (Gabriel T) / +601133130376 (Akser A)