in

The Knights Award Iktiraf Bisnes Terbaik Peringkat Asia Tenggara, Bakal Berlangsung Jun Ini!

Knights Award

The Knights Award bakal dianjurkan dalam usaha untuk mengiktiraf syarikat-syarikat dan juga usahawan yang cemerlang di Asia Tenggara. Pelbagai anugerah bakal disampaikan pada majlis tersebut bagi syarikat-syarikat dan individu yang menonjolkan kecemerlangan dalam bidang masing-masing.

Diasaskan oleh Uknighted Business Club, The Knights Award bakal menghimpunkan figura-figura yang berwawasan dan paling cemerlang bagi setiap penciptaan ataupun khidmat penyelesaian bersepadu yang diperlukan oleh dunia hari ini.

Acara yang bakal berlangsung pada Jun 2023 ini juga mensasarkan untuk mengumpulkan ramai pihak berkepentingan daripada semua industri.

c6sasH48

Difahamkan, kerjasama strategik ini  akan membantu membangunkan dan mengukuhkan agenda seperti: keusahawanan, pemerkasaan belia dan ekosistem perniagaan yang mampan. Strategi dan kerjasama yang terhasil secara positif nanti diharapkan akan merangsang pertumbuhan ekonomi dan peluang untuk melahirkan kejayaan yang lebih cemerlang dalam komuniti perniagaan.

Sempena majlis anugerah tersebut, terdapat 3 kategori pengiktirafan akan diberikan iaitu The DUKE, The EARL, dan juga The BARON. Sebagai contoh, antara anugerah yang akan diberikan melalui kategori The DUKE termasuklah, Top CEO Of The Year, Top Workplace Of The Year dan lain-lain. 

Sementara itu, pelbagai lagi anugerah bakal dipertandingkan di setiap kategori sebagai contoh Outstanding Brand, Outstanding Icon, The Best Workplace To Work dan beberapa anugerah lain di kategori The EARL.  

k k7dALu

Manakala, menerusi kategori The BARON pula anugerah akan diberikan kepada syarikat yang meningkat naik dan contoh-contoh anugerah yang ditawarkan termasuk The Rising Star, The Rising Workplace, The Rising Team Leader dan banyak lagi.   

Penaung Diraja majlis tersebut, Yang Berhormat Mulia Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, yang merupakan putera raja dari Kelantan turut menyatakan sokongan penuh untuk anugerah ini dan beliau menggesa komuniti perniagaan supaya mengambil bahagian dan secara tidak langsung bersama-sama menyumbang kepada pembangunan komuniti perniagaan dan masyarakat secara amnya.

338196609 946987553381772 8748891937510828822 n

Diperakui sebagai Bapa Pembangunan Ekonomi Malaysia, YBM Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah merupakan nama yang tidak asing lagi. Beliau merupakan pengasas Petronas, ahli ekonomi dunia, Pengerusi Board of Governors, Bank Dunia (World Bank) dan IMF (International Monetary Fund).

Berikut adalah mereka-mereka yang menjadi tulang belakang dan juga merupakan Council of Lords (Board member) yang bakal menilai setiap penyertaan dan memilih mereka yang layak diberikan anugerah :

  • Dr. Zyro Wong – Pengasas Anugerah The Knights
  • YBM Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah – Bapa Pembangunan Ekonomi Malaysia & Pengasas Petronas
  • YBHG. PPJ. Bersekutu (PA) Puan Sri To’ Puan Datuk Prof Dr Shariffa Sabrina Binti Syed Akil – Presiden Yayasan Kecergasan Sukan Wanita Malaysia
  • Dato Hj Ismail Nordin – Timbalan Pengerusi Supermarket Cooperative Ltd
  • Datuk Dr Kumararajah – Ahli Majlis Dewan Perniagaan dan Perindustrian Negara Malaysia
  • Juan Jose Delgado – Mantan Chief Marketing Officer (CMO) Amazon
  • Leng Yein – DJ Wanita Asia #1
  • Dr. Jon Low – Doktor Stomatologi
  • Kelvin Chan Kin Man – Artis TVB Hong Kong.

Kelebihan Sertai The Knights Award

Apa yang pasti, mereka yang sertai acara ini nanti akan berpeluang sertai platform rangkaian elit dan pemenang anugerah akan menerima strategi penjenamaan yang berkesan untuk meningkatkan kedudukan jenama mereka di pasaran.

XlL9ETXk

Selain itu, berikut pula kelebihan lain sekiranya menyertai acara ini :

  • Menggalakkan kerjasama rentas sempadan dan rentas industri
  • Sesuai untuk start-ups, usahawan muda dan inovatif yang mencari lebih banyak peluang
  • Strategi penjenamaan berterusan untuk semua pemenang
  • Disokong oleh ikon dan organisasi terkenal di dalam negara dan peringkat antarabangsa
  • Keseluruhan proses dijalankan dengan ketat dan secara telus di bawah pengawasan Council of Lords (Board) dan Chamber of Chiefs (Committee)

The Knights Award komited untuk memberikan pengiktirafan kepada usahawan dan perniagaan yang cemerlang tanpa mengira saiz atau industri syarikat mereka dan dalam masa yang sama akan memperkasakan mereka dengan strategi penjenamaan yang berkesan supaya mereka boleh berdiri teguh dalam persaingan pasaran. 

Setiap usahawan berhak mendapat pengiktirafan dan galakan untuk berjaya. Diumumkan bahawa  penyertaan kini dibuka dan para usahawan boleh menghantar penyertaan mereka di www.theknightsaward.com atau mendapatkan maklumat lanjut :

Hubungi :

Gabriel (Pengarah Komunikasi) di talian +60 11 2332 3671

Email : contact@theknightsaward.com