in

“The best boss ever!” – Bos Cina Sangka Pekerja Bergaduh, Rupanya Kena ‘Prank’ Sambut Hari Jadi

prank 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selain bekerja dalam suasana yang tak toksik, dapat majikan baik juga merupakan rezeki yang tak semua orang ada.

Satu perkongsian video oleh @sllmachineryhardware di TikTok, memaparkan kenangan manis pekerja-pekerja syarikat itu menyambut hari jadi majikan mereka dengan cara yang agak lucu.


Gaduh sebab nak ‘pancing’ bos

Mereka merancang untuk prank hari jadi bos jadi, dua orang pekerja lelaki telah berlakon kononnya sedang bergaduh sesama mereka. Dalam masa yang sama, pekerja lain hanya melihat ‘pergaduhan’ tersebut selain ada yang merakam situasi itu.

Artikel berkaitan: “Tak pernah sambut birthday” – Bibik Menangis Dapat Kejutan Ulang Tahun Daripada Majikan

Artikel berkaitan: Anak Murid Mengadu Ada Pergaduhan Dalam Kelas, Rupanya Nak ‘Surprise’ Hari Jadi Ustaz

Walaupun ada pelanggan lain di kedai, mereka tetap ‘bergaduh’ malah makin meninggikan suara tanpa memikirkan keadaan sekeliling. Beberapa orang pekerja lain turut membantu meredakan ‘perbalahan’ itu.

prank 4
Sumber: TikTok

Bos ingat staf bergaduh tapi…

Sebagai seorang majikan, pasti akan menjadi orang tengah untuk menyelesaikan masalah antara pekerja, jadi bos wanita berbangsa Cina telah cuba menenangkan pekerja yang sedang ‘marah’ itu.

Tak lama selepas itu, pekerja lain terus menyanyikan lagu ‘Hari Jadi’ untuk bos mereka sambil membawa sebiji kek untuknya. Sedar akan ‘pergaduhan’ tersebut hanyalah lakonan, bos itu terus menangis terharu kerana ‘terkena’ prank yang dirancang oleh semua pekerja.

prank 7
Sumber: TikTok
@sllmachineryhardware

Happy Birthday to the most amazing Lady Boss! @Bebe #foryou #fypage #birthdayprank #surprise #birthday

♬ nhạc nền – Happy Birthday – Happy Birthday 365

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen terharu melihat situasi itu. Walaupun ia hanyalah prank, namun usaha yang dilakukan oleh kesemua pekerja itu membuktikan mereka amat menyayangi majikan tersebut.

prank 1 prank 2 prank 3

Time bergaduh tu nampak real.. sekali bos masuk.. sebak terus min!

Sumber: TikTok

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.