Istilah ni min boleh sifatkan macam satu pepatah, “tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas” sebab kalau sikap orang Malaysia tu pasti akan terbawa-bawa ke mana sahaja.
Mungkin apa yang dikongsikan ini bahasanya agak kasar, tapi min percaya korang mesti setuju dan korang sendiri buat perkara ni kan? Ini sebab penerjun negara Pandalela Rinong sendiri buat perkara tersebut.
Malaysian sangat – Netizen
Bagi peminat sukan tanah air, pasti mereka akan sedia maklum bahawa Kontinjen Malaysia pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 ini beraksi di final acara itu bersama Leong Mun Yee. Acara itu telah dijalankan pada jam 3 petang hari ini, lapor Astro Awani.
Namun begitu, satu perkara yang menjadi tumpuan warganet sekarang apabila ada satu footage yang sedang menunjukkan Pandalela menantikan keputusan pusingan kelima, setelah mendapati keputusan itu, netizen perasan ada satu perkataan yang seolah-olah typical Malaysian suka pakai keluar dari mulut Pandalela.
https://twitter.com/syqhramli/status/1419915036504457218
Biarpun tidak jelas dan masih belum ada kepastian, tetapi berdasarkan gerak geri mulut yang keluar dari mulut Pandalela ni, netizen perhatikan beliau tersebut b*bi. Melihat video itu, ramai netizen yang terhibur kerana ia satu sikap typical Malaysian.
Selain bahasa ini ada juga Pandalela terlepas cakap ‘penat giler’ yang membuatkan netizen rasa terhibur sebab mereka anggap sikap Malaysia yang ada pada Pandalela ini ‘pekat gila’. Hahahaha!
Video rakaman ini telah virl di Twitter dan meraih lebih daripada 2,000 jumlah retweets dalam masa 1 jam ia dikongsikan.