Menjadi pemimpin sudah pastinya mereka menjadi contoh buat masyarakat, segala perbuatan mereka sering diperhatikan.
Terbaru, Timbalan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat (YAB) Dato’ Seri Ahmad Zahid Bin Hamidi memaparkan contoh yang baik dengan membantu seorang penunggang motosikal yang kemalangan.
Menurut laman Twitter miliknya, kemalangan itu berlaku berdekatan Jalan Tuanku Abdul Halim selepas Zahid selesai majlis pecah tanah berdekatan situ.
Tadi, semasa saya dalam perjalanan pulang setelah menghadiri Majlis Pecah Tanah Bangunan MIC, saya kebetulan melihat berlakunya kemalangan yang baru terjadi melibatkan sebuah kereta dan penunggang motosikal berdekatan Jalan Tuanku Abdul Halim. pic.twitter.com/ZkKKLxisEz
— Ahmad Zahid Hamidi (@DrZahidHamidi) August 21, 2023
“Kami bergegas membantu En. Satnam dan saya telah pastikan agar rawatan serta urusan perubatan beliau dapat disegerakan.
Saya doakan En Satnam kembali sembuh dan dipermudahkan segala urusan,” tulisnya.
Dalam thread tersebut, Zahid turut berkongsi video kejadian itu, difahamkan penunggang tersebut mengalami kemalangan dengan sebuah kereta.
Kelihatan dalam video itu penunggang motosikal itu sedang terbaring dan terdapat kecederaan di beberapa bahagian di badannya.
Difahamkan, Zahid sebelum ini melancarkan majlis pecah tanah pembinaan ibu pejabat Malaysian Indian Congress (MIC) baru di Jalan Rahmat.
Respek!
Baca: “Orang seronok fitnah” – Anak Zahid Hamidi Perjelas Mata Bapa Sakit, Bukan Buat Pembedahan Plastik