Perkahwinan campur bukanlah sesuatu yang baru dalam masyarakat kita, ia sekali gus menunjukkan negara kita ini mempunyai toleransi dan sifat majmuk antara kaum yang sangat tinggi.
Apabila sudah berkahwin, kita mestilah memahami dan menghormati antara sesama pasangan dan keluarga mertua bagi menjaga keharmonian rumah tangga.
Sebuah video tular di TikTok, apabila seorang pengguna TikTok dengan nama @hajarangelique berkongsi pengalamannya menziarahi ibu mertuanya yang bukan beragama Islam tetapi ibunya sanggup memasakkan Nasi Tomato yang diidamkannya.
@hajarangelique Bulan puasa bersama parents-in-law Saya yg non-Muslim #fyp #fypage #foryou #foryoupage #malaysiatiktok #keluargamalaysia
Dalam video berdurasi 30 saat itu, wanita yang sedang mengandung itu menyatakan dia mengidam untuk makan Nasi Tomato, lalu dia meluahkan keinginannya di saat akhir kepada ibu mertuanya yang berbangsa India itu.
‘Rush’ masak supaya menantu dapat bawa balik KL
Ibu mertuanya itu dengan pantas memasakkan makanan idaman menantunya itu untuk dibawa pulang ke rumahnya.
Lebih menyentuh perasaan apabila ibu mertuanya itu tidak berpuasa tetapi sanggup masakkan juadah untuk berbuka puasa.
“Dapat mertua baik pun rezeki!”
Perkongsian tersebut pastinya membuatkan ramai netizen terharu dan tersenyum, malah tidak kurang juga netizen yang meluahkan kesyukuran kepada wanita itu kerana dikurniakan keluarga mertua yang baik dan memahami menantunya, meskipun berbeza fahaman agama.
Semoga keluarga ini sentiasa bahagia!
Baca: “Nantilah abah pujuk”- [VIDEO] Comel Je Gelagat Bapa Mertua Ini Sakat Menantu Dia!