in

“Tetap bersama Palestin”- Israel Ancam Keselamatan Negara, KDN Minta Rakyat Bertenang & Terus Sokong Palestin

Cats 46

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu Palestin kini bukan satu isu yang remeh sebab isu keganasan di Palestin sudah mendapat perhatian seluruh dunia termasuk di negara-negara bukan Islam. Banyak negara yang membuat protes di jalanan dan juga di media sosial sebagai tanda sokongan kepada Palestin.

210515 London Mb 1424 B37F70Dfe80E0Ffa155Bb0A5A950Cf65.Fit 1240W

Melihat sokongan kuat masyarakat luar terhadap Palestin, Israel mula ingin mengancam keselamatan negara-negara yang memberi sokongan termasuklah Malaysia.


 

Malaysia tersenarai dalam sasaran

Melalui satu tweet yang dimuat naik oleh penganalisis keganasan di Amerika Syarikat iaitu Jonathan Schanzer, dia memaklumkan yang media Israel melaporkan Pasukan Pertahanan Israel atau Israel Defense Force (IDF) sudah memberi lampu hijau untuk menyasarkan kepada semua operasi Hamas di dalam dan luar Gaza.

Katanya operasi ini bakal memberi kesan terutamanya kepada Iran, Turki, Qatar dan Malaysia.

Walau apa pun jadi, korang kena tetap sokong pihak yang benar, walaupun kita terpaksa bersusah payah. Ni baru nama dia berjihad.

 

Minta rakyat bertenang

Melalui ancaman yang dibuat oleh Israel itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang serius hal tersebut dan mengambil maklum kewujudan organisasi yang menyokong aspirasi perjuangan rakyat Palestin.

Menteri Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin meminta rakyat Malaysia untuk tidak panik dan terus bertenang walaupun berdepan dengan ancaman yang dikeluarkan oleh Israel terhadap penyokong perjuangan Palestin di negara ini.

Hamzahnaficampur 1618216251

“PDRM dan agensi-agensi lain akan tingkatkan kawalan keselamatan dari semua aspek untuk lindungi rakyat Malaysia termasuklah warga Palestin yang tinggal di sini.”

Walaupun diancam keselamatan Israel, Malaysia masih bertegas dengan pendirian untuk terus menyokong perjuangan suci rakyat Palestin demi mempertahankan hak mereka.

Walaupun kita tak dapat tolong diorang angkat senjata dekat Palestin, cukuplah dengan doa kita sebagai senjata untuk terus membantu mereka.

 

Sumber: mStar, Jonathan Schanzer

Baca : “Kita bertuah ada rumah, boleh sambut raya”- 20 Maut Serangan Udara Israel, Netizen Simpati Nasib Palestin

Capture 43

Sumber: NBC News

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.