Ular tedung hitam merupakan sejenis ular tedung berbisa sangat agresif serta tangkas, ia sering ditemui d isekitar sungai dan hutan.
Semalam, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah berjaya menangkap seekor ular tedung hitam di kawasan pondok pengawal rumah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terletak di Bandar Sungai Long, Kajang.
**YAB PERDANA MENTERI DAN ISTERI SEMPAT BERAMAH MESRA DENGAN ANGGOTA APM SEMASA OPERASI KES MENANGKAP ULAR (KMU) DI BANDAR SG LONG
Isnin, 20 Februari 2023 – Pusat Kawalan Operasi Daerah Hulu Langat telah menerima 1 kes menangkap ular (KMU) di alamat Bandar Sg Long. pic.twitter.com/DLXnS9fQsx
— Official Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (@APMtwiter) February 20, 2023
Menurut laporan MalaysiaKini, Koperal Pertahanan Awam Daerah Hulu Langat Mior Norazlan Safian berkata empat anggota bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan sekitar jam 7.33 malam.
“Kejadian disedari seorang daripada lima anggota keselamatan yang sedang bertugas di pondok tersebut
Ular tedung itu yang pada awalnya bertindak agresif namun berjaya ditangkap kira-kira lima minit kemudian,” katanya.
Difahamkan, ular tersebut mempunyai berat 800 gram dengan panjang kira-kira satu meter, kejadian berkenaan bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan.
Selain itu, perkongsian gambar oleh APM turut memaparkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan beramah mesra bersama anggota APM sejurus operasi selesai dijalankan.
Baca: Individu Dikecam Netizen Kerana Cuba ‘Adopt’ Kucing Untuk Jadikan Makanan Ular