in

“Terus tak jadi scam!” – [VIDEO] Cara Akak Ni Jawab Call Scammer Buat Ramai Berdekah

Fi Scammer

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang mesti pernah dapat call dari scammer kan? Selalunya diorang ni menyamar jadi pegawai bank betul tak?

So, apa korang akan buat kalau dapat panggilan daripada scammer macam ni? Korang angkat dan layan je apa dia nak bagitau, ke korang angkat tapi buat-buat busy, atau korang tak angkat langsung?


Di media TikTok baru-baru ini, ada satu perkongsian menghiburkan yang menunjukkan cara rare seorang akak ni mengelak daripada panggilan scammer yang mungkin korang semua boleh try!

https://www.tiktok.com/@nurelyn32/video/7078155321532828954?_t=8QuQhGfzYfZ&_r=1

Perkongsian dimuat naik oleh pemilik akaun @nurelyn32 yang dikenali sebagai Cik Lola ini telah berjaya menghiburkan para penonton dengan rakaman gelagat seorang akak yang sengaja buat suara sengau semasa menjawab panggilan daripada scammer!

“Scammer tu terus taubat!”

Video berdurasi 10 saat yang dimuat naik semalam ini telah berjaya menghiburkan seramai 1.2 juta penonton! Di ruangan komen pula, ramai yang menzahirkan rasa terhibur mereka dan ada juga yang berkongsikan pengalaman mereka berdepan dengan panggilan daripada scammer seperti ini.

Komen Scam

Menurut Cik Lola ni, akak itu memang dikenali dengan sifat kelakar dia. Itu yang dengan scammer pun dia boleh yakin je buat suara macam tu!

Korang boleh lah try tips akak ni lepasni kalau ada scammer call. Confirm dia yang letak call tu balik!

Baca: Menyamar Jadi Polis, Scammer Panik Lepas Tengok ‘Mangsa’ Pakai Uniform Lengkap

Baca Scam 1

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.