in

“Terus blah, tak minta maaf” – Pak Nil Bengang Individu ‘Double Park’ Berjam-jam Sampai Kereta Lain Susah Nak Keluar

Ft Double Park

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengacara terkenal, Datuk Aznil Nawawi (Pak Nil) bengang dengan sikap segelintir pemandu di Malaysia yang bersikap pentingkan diri sendiri sehingga menyusahkan orang lain.

Ia kerana berlaku satu kejadian di depan matanya apabila ada pemilik kenderaan yang double parking di kawasan kedai dan menyebabkan pemilik kenderaan yang parkir di dalam kotak kuning tidak dapat keluar.


Artikel berkaitan : Pak Nil Jelaskan Kenapa Siti Nurhaliza Layak Digelar Pakar Di UMCCed

Artikel berkaitan : Pak Nil Kongsi Video Sambutan ‘Birthday’, Kena Main ‘Game’ Cari Barang Tersembunyi Untuk Dapat Hadiah

Disebabkan itu, pemilik kenderaan yang meletakkan kenderaannya di dalam kotak dilihat begitu marah kerana sudah membunyikan hon berkali-kali, namun masih tiada respon. Malah, wanita yang tidak dapat mengeluarkan kenderaannya itu dikatakan sudah lama ‘terperangkap’ di kawasan parkir itu.

Prihatin dengan nasib wanita tersebut, Pak Nil masuk ke kedai kopi berhampiran dan membuat pengumuman jika ada pemilik kenderaan itu di dalam kedai kopi tersebut. Bagaimanapun, setelah sekian lama menunggu, pemilik kenderaan hitam yang menghalang kenderaan wanita ini akhirnya tiba dan berlalu pergi.

@datukaznilnawawi

Dah lah double parking, org lain tunggu berjam2 untuk keluar parking. Dah masuk kereta terus blah xmintak maaf pun. Ada bawak anak, and anak tu nanti mesti ingat it’s ok utk terus blah n xrasa bersalah. ADAB Laporan : TVXPASTI

♬ original sound – Datuk Aznil Nawawi – Datuk Aznil Nawawi

Perkara tersebut membuatkan Pak Nil merasa kurang senang dengan sikap individu terbabit yang hanya berlalu pergi tanpa membuat sebarang permohonan maaf setelah sekian lama menunggu di bawah cuaca yang panas.

Double Park Double Park 2 Double Park 3

Kalau dalam keadaan kecemasan sekalipun tinggalkan nombor telefon atau jangan tarik brek tangan.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.