Seorang doktor didakwa telah menyerang dan menumbuk teman wanitanya dalam satu kejadian di sebuah pangsapuri di Singapura. Kejadian itu berlaku di antara jam 2 pagi dan 4.12 pagi pada 27 Ogos 2017, lapor The Star
Semalam, Clarence Teo Shun Jie, 35, dibicarakan di mahkamah selepas didakwa menyebabkan keretakan wajah dan jari kelingking kiri teman wanitanya, Rachel Lim En Hui.

Bukan itu saja, Teo didakwa telah mengurung Lim, 27, dalam bilik tidur untuk menghalangnya keluar dari rumah pada pagi tersebut.
Menurut Stomp, Lim diselamatkan oleh bapa Teo sendiri yang menghubungi polis selepas mendapat tahu mangsa dalam keadaan teruk.
Semua ini hanya kerana mangsa menolak ajakan Teo untuk melakukan hubungan seks dengannya. Difahamkan pasangan itu kenal melalui aplikasi janji temu atas talian dan kini sudah berpisah.


Tiga dakwaan serangan lain terhadap Teo ditangguhkan buat masa ini dan akan dibicarakan pada tarikh yang akan ditetapkan nanti.
Teo didakwa melakukan ketiga-tiga kesalahan itu pada 12 dan 30 Mac 2017. Lim juga turut memberitahu bahawa Teo sebenarnya seorang kaki botol serta didiagnosis dengan gangguan penyalahgunaan zat.

Baca: “Aku sanggup datang KL” – Viral Instafamous Belasah Ex GF Sampai Muka Lebam, Dia Mengaku Sebab…..