“Aku sanggup datang KL” – Viral Instafamous Belasah Ex GF Sampai Muka Lebam, Dia Mengaku Sebab…..

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Semalam, viral di media sosial apabila pengguna Twitter Sya kongsikan seorang wanita yang dikenali sebagai Afifah dibelasah oleh bekas teman lelaki yang merupakan seorang selebriti media sosial.

Dalam video tersebut gadis yang berasal dari Penang itu menunjukkan kesan lebam dimukanya, dikatakan dia telah ditampar dan ditumbuk oleh instafamous tersebut.

 

“Aku sanggup datang KL”

Dikatakan mereka tengah ada ketegangan disebabkan si lelaki ni curang ada perempuan lain. Wanita tersebut sanggup datang dari Penang ke KL untuk bersemuka dengannya untuk berbincang dengan baik.

Bengang dengan kelakuan teman lelakinya itu, Afifah dikatakan mengamuk dengan pemuda tersebut kerana enggan untuk berbincang dengan cara baik. Disebabkan itulah Afifah di tampar oleh instafamous tersebut.

Afifah juga mendedahkan sikap sebenar pemuda tersebut. Tengok video ni.

Kes ini mengejutkan netizen kerana isu lelaki melakukan keganasan terhadap wanita sangat keterlaluan. Namun begitu, Imranul Effendy atau lebih dikenali sebagai xteroxx yang merupakan instafamous yang di maksudkan itu tampil memberi penjelasan menerusi IG Stories dia.

 

Saya takkan tampar dia saja-saja – Imran

Dia akui ada membuat tindakan ganas itu dekat Afifah tapi katanya, dia menampar wanita itu bersebab. Dalam story dia tu, Imran ada muat naik video ini seolah-olah nak bagi satu hint.

Selain itu, Imran juga ada menegaskan bahawa dia langsung tak tumbuk muka Afifah sepertimana yang didakwa, Katanya lagi mereka dah berbincang dengan cara elok dah pun.

Hurm, siapa yang betul siapa yang salah pun harap dapat lah dilangsaikan cepat-cepat.

 

Baca : “Bukan ke this girl yang dulu viral pasal dia nikah palsu” – Nak Spekulasi Instafamous Tapi Wanita Ni Dikecam Balik Sebab…

 

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Si gemuk yang tengah berpulun nak kuruskan badan tapi kuat makan, namun selepas 6 bulan lelaki ini berjaya menghilangkan RM 1,000 tanpa sebarang kg.