Baru-baru ini, hangat diperkatakan di media sosial mengenai gerakan #Blockout2024 yang mana para warganet telah menyekat selebriti-selebriti yang tidak menggunakan akaun media sosial mereka untuk menyebarkan isu yang berlaku di Palestin dan mempromosi jenama yang dikaitkan dengan Israel.
Inisiatif yang sama juga telah diambil netizen di Malaysia yang mana mereka telah menyenaraikan sebilangan selebriti dan influencer di negara ini untuk diboikot atas tindakan mereka mempromosi produk Israel.
Antara nama yang tersenarai dalam Blockout 2024 versi Malaysia adalah Daiyan Trisha atas dakwaan tidak berkongsi apa-apa tentang Palestin di media sosialnya.
Artikel berkaitan: #Blockout2024: Pergerakan Terbaru Ni Buat Ramai Selebriti A-List Diboikot, Artis M’sia Pun Terkesan!
Artikel berkaitan: “Insya-Allah akan lebih peka” – Dahlia Rizal Minta Maaf, Jelaskan Isu Guna Produk Diboikot
“Niat kita, Allah saja yang tahu”
Tidak berdiam dengan kecaman dan dakwaan yang dilemparkan terhadapnya, Daiyan menerusi X ada memuat naik kenyataannya berhubung isu tersebut.
Menurut Daiyan, Allah lebih mengetahui caranya dalam menunjukkan solidariti terhadap Palestin dan dia juga tidak sesekali terlupa akan mereka yang melalui kesengsaraan di Palestin.
Niat kita, Allah saja yang tahu. Redha Allah, Dia saja yang tahu.
“Saya tidak pernah sesekali lupa akan saudara saya di Palestine. Saya minta maaf jika cara saya tak bertepatan dengan cara yang anda mahukan.
“Tak apa, saya terima segala kecaman. Sila teruskan perjuangan anda untuk saudara-saudara kita di Palestine dengan pelbagai upaya, kerana itulah yang paling penting sekali.
“Ini cara yang saya termampu pada masa ini berdasarkan situasi dan keadaan. Saya minta maaf. Saya akan cuba untuk usaha lagi dengan lebih baik. Segala doa untuk Palestine,” katanya.
Allah tahu ❤️🙏🏻#FreePalestine 🇵🇸 pic.twitter.com/MG2vqkCKlP
— Daiyan Trisha (@daiyantrisha) May 13, 2024
Bersama posting itu, Daiyan juga dilihat memuat naik bukti resit sumbangan derma yang diberikan terhadap beberapa NGO yang menyalurkan bantuan kepada mangsa peperangan di sana.
Setiap daripada derma tersebut bernilai RM25,000 yang mana kesemuanya jika dikumpulkan mencecah RM100,000.
“Sometime menghukum sampai rasa diri itu lebih baik dari orang lain itu yang bahaya sebenarnya”
Posting tersebut telah mendapat perhatian netizen yang meninggalkan pelbagai komen di X, rata-rata memberi semangat kepada Daiyan untuk terus kuat ketika dikecam ramai.
Pun begitu, ada juga yang mempersoalkan tindakannya memaparkan resit sumbangan, yang mana dia menutup tarikh resit tersebut tetapi tidak pula amaun derma itu.
Selitkanlah doa buat mereka yang di Palestin sana setiap hari, semoga peperangan ini berakhir tidak lama lagi.
Sumber: X