Sebagai bakal raja sehari, pasti banyak persiapan telah pun dibuat termasuklah tempahan katering, pelamin, baju bersanding dan lain-lain. Kalau nak batalkan last minute atas sebab yang tak dapat dielakkan, pasti pihak pengantin yang akan menganggung rugi.
Semalam, tular di TikTok video yang dimuat naik oleh @tyazara_ memaparkan beberapa gambar suaminya terpaksa bersanding seorang diri gara-gara dirinya diserang masalah radang paru-paru.
Ingatkan sempat sihat tapi…
Menurut mStar, wanita yan bernama Fatihah Zahra Mohd Hisham berkata, dia ditahan di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur kerana mengalami radang paru-paru. Oleh itu, dia tidak berpeluang untuk pulang ke kampung suaminya di Kedah untuk majlis bertandang.
Saya ditahan di wad selama lima hari sebelum jalis sebab mengalami radang paru-paru. Ingatkan sempat sihat sebelum hari kejadian.
Tapi malam sebelum majlis tu tiba-tiba tahap oksigen saya makin menurun. Saya mengalami kesukaran untuk bernafas.
Zahra berkata, tarikh majlis bertandang tersebut sudah ditetapkan semasa mereka bertunang pada Jun lepas dan tidak dapat menunda ke tarikh lain kerana segala tempahan sudah pun dibuat.
Kesihatan merosot, majlis terpaksa diteruskan
Dia juga berasa terkilan namun tidak akan mengadakan majlis bertandang untuk kali kedua walaupun sudah sihat.
Majlis tak ditunda sebab hari tu memang berjalan lancar cuma pengantin perempuan saja tak ada. Saya dan suami teruskan macam biasa..
Tapi, malangnya sehari sebelum majlis tiba-tiba kesihatan makin merosot masa di hospital. Apabila dah saat akhir, tak boleh nak tunda segala persiapan sebab semuanya dah tersedia.
Artikel berkaitan: Kes Tipu Pakej Perkahwinan: Pengantin Tak Pernah Berjumpa Dengan Katering, Hanya Buat Urusan ‘Online’
Artikel berkaitan: Jamu Tetamu Dengan Nasi Bungkus Ketika Majlis Kahwin, Tindakan Pengantin Dari China Ini Dikritik Ramai
Ujar Zahra, selain pelamin dan khemah majlis sudah pun dipasang, baju pengantin mereka sudah pun diambil dan telah menjemput orang ramai.
Video call dengan suami untuk bergambar
Dalam hantaran tersebut, ada disertakan beberapa gambar pengantin lelaki itu sedang video call bersama isterinya yang dirawat di hospital. Mereka menjadikan gambar tersebut sebagai kenangan walaupun tidak dapat bersama pada hari majlis.
Hari kejadian tu dia buat panggilan video di butik pengantin bersiap seorang diri. Masa tu dia ada cakap yang dia mengangis sebab saya tak ada bersama.
Masa duduk dekat meja makan beradab pun dia menangis seorang diri. Dia tak boleh tengok saya sebab sedih dengan keadaan tengah memakai oksigen untuk bernafas lebih lancar.
Walau bagaimanapun, Zahra bersyukur kerana berkahwin dengan suaminya, Ahmad Al-Amin setelah berkenalan selama enam tahun.
Menyingkap di ruangan komen, ramai netizen turut bersimpati dengan Zahra.
Itulah kalau dah last minute terpaksa teruskan juga.. kalau tak rugi.