Rasa kagum melihat ketabahan keluarga ini hadapi cabaran besar dalam hidup mereka, situasi mereka saling tak tumpah macam Zarina Zainuddin.
Keluarga ini dikurniakan anak ‘istimewa’ yang menghidap autism. Kata Iman Wan, mereka sekeluarga sudah lali dengan situasi ini.
Tiba-tiba cemas dan terus agresif
Kisahnya, keluarga Iman semalam merancang untuk makan tengah hari diluar. Menurut Iman, mereka kelewatan sedikit sahaja dan tiba-tiba adiknya Adam tu rasa cemas dan jadi kurang sabar..
Keadaan jadi semakin tegang apabila Adam semakin agresif. Mereka terpaksa berhenti di tepi jalan dan keluar demi keselamatan diri, disamping itu keagresifan Adam semakin membuak-buak.
https://www.facebook.com/adamsautismfamily/videos/481653359252017/?v=481653359252017
Dia sampai tumbuk tingkap kereta dan hentak lantai kereta dan hempas badan sendiri dekat car seat tu. Mereka terpaksa keluarkan adam supaya tidak berlaku sebarang kerosakan pada kereta mereka.
Kami terpaksa tahan dia kat lantai. Dalam masa yang sama kami kena berjaga-jaga supaya tak sakitnya. Ia mengambil masa 15 minit untuk tenangkan Adam.”
Perancangan mereka untuk makan diluar terpaksa dibatalkan memandangkan masing-masing dah terlalu letih dan terus pulang ke rumah.
Ia sentiasa mencabar bagi kami. Setiap hari kena hadap Adam macam ni. Nasiblah saya dapat bekerja dari rumah, jadi dapatlah menghabiskan banyak masa dengan keluarga supaya saya tidak terlepas sebarang tindakan.”
Ada pihak cuba ambil kesempatan
Ramai netizen yang yang puji dengan ketabahan keluarga ni, tapi kalau korang tonton video ni, ada pihak yang cuba nak ambil kesempatan.
Saya tak percaya yang ada manusia yang bodoh macam ni, wanita tu cuba nak jual produk dalam keadaan tegang macam ni. Siap bagi Ara (ahli keluarga Iman) kad lagi untuk kami hubungi”
Netizen kagum
Jangan lah cuba ambil kesempatan sewaktu orang tengah dalam kesempitan. Apapun, admin sendiri puji diaorang ni, kesabaran mereka tinggi sangat. Semoga Allah beri ganjaran kepada mereka sekeluarga.
Baca : Pahit Manis Mengasuh Anak Autisme Dari Kaca Mata Zarina Zainuddin