in

Terpaksa Potong Kaki Sebab Kemalangan, Tapi Tengoklah Ketabahan Dia…

elia1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang pernah tak rasa susah sangat-sangat sampai rasa nak give up dan menangis? Tapi kuasa Allah ni besar. Dia tak akan uji hamba-Nya diluar kemampuan kita.

Tersentuh hati admin membaca tweet dari seorang netizen tentang ketabahan seorang kawannya yang bernama Elia yang terlibat dalam kemalangan 20 September 2018 di sekitar jalan menuju ke IOI City Mall.


Terpaku tengok kaki kanan terputus

Menurut cerita di story Instagram yang sempat dikongsi oleh Elianurul sendiri di Instagramnya, ketika kemalangan ada seeorang wanita yang dikenali sebagai Fid membantunya di tempat kejadian. Menurut Fid, dia sendiri terkejut dan terpaku semasa dia sampai ditempat kejadian dan terlihat kaki kanan Elia terputus. Elia sempat bercakap denganya “akak saya dah tak ada kaki. Macam mana dengan saya lepas ni… Apa yang saya nak buat”. Allahu…sedihnya…

Wanita yang tolong Elia masa tu dapat rasa yang Elia ni seorang yang kuat dan tabah sebab masa kemalangan tu, Elia sikit pun tak menangis dan Elia cuma mengerang sakit je. Sikit pun tak meraung atau menjerit.

Kawan kagum dengan ketabahan Elia

Kawan Elia sendiri rasa kagum dengan Elia sebab Elia ni tenang je. Dia betul-betul redha dan kuat semangat!

Tengok la story Instagram Elia yang sempat dikongsi rakannya ni. Elia turut berkongsi tentang kisah dia kemalangan masa tu.

capture 20180930 100410
Sumber: Twitter

Bila baca yang ni, admin rasa terhibur betul dengan Elia ni. Tak nampak langsung kesedihan dia. Allahuakbar!

capture 20180930 100601
Sumber: Twitter

capture 20180930 100645
Sumber: Twitter

capture 20180930 100723
Sumber:Twitter

Tengok la betapa positinya Elia ni, sempat lagi buat berhambar di Instagramnya

capture 20180930 111433
Sumber: Twitter

See! Dari semua story Instagram ni pun dah nampak dah betapa tabahnya Elia ni. Bagi dia, kehilangan kaki tu bukan satu kekurangan dan yang pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku.

capture 20180930 112312
Sumber: Twitter

Kita semua doakan agar Elia terus kuat dan cepat sembuh, amin… Jangan putus asa Elia!

Baca: Minum 6 Tin Soda Sehari, Kaki Dipotong dan Buah Pinggang Rosak di Usia 21 Tahun

soda

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.