Penyanyi etnik kreatif terkenal tempatan, Noraniza Idris hari ini membuat laporan polis susulan perniagaan muruku miliknya dianiaya sebuah akademi latihan keusahawanan sehingga mengalami kerugian sebanyak RM630,000.
Dalam video yang dikongsikan oleh Hlive, difahamkan pelantun lagu Dikir Puteri itu mula menyedari penipuan berkenaan apabila beliau tidak menerima bayaran untuk sekitar 20,000 pek produk makanan ringan yang telah dibekalkan.
Artikel berkaitan: “Mic masalah ke?” – Netizen Pelik Noraniza Idris Tak Menyanyi Lagu 7 Nasihat di Anugerah Seri Angkasa
Artikel berkaitan: Jemaah Warga Emas Ditipu, 15 Tahun Ikat Perut Makan Nasi & Bawang Kumpul Duit Ke Tanah Suci
View this post on Instagram
“Apabila keadaan ini berlaku, saya kasihan tengok keadaan anak-anak kerana mereka sanggup tak tidur dan berjaga malam untuk pastikan kilang ini beroperasi.
Kalau ikut Kak Ani dan anak, kami nak teruskan. Kalau boleh Kak Ani nak individu yang terlibat ini dia tampil dan bercakap kepada kami mengapa dia melakukan perkara sebegini kepada peniaga kecil seperti kami,” luahnya.
Insiden ini menyebabkan beliau terpaksa memberhentikan sebahagian besar pekerjanya, daripada 20 orang dan kini tinggal hanya empat orang.
Menurut Noraniza yang juga mesra disapa Kak Ani, beliau telah membekalkan 5,000 unit pembungkusan setiap minggu selama sebulan, iaitu sebanyak 20,000 unit telah dileburkan.
Sumber: Instagram