in

Terlibat Kes Jenayah S*ksual, Ramai Netizen Spekulasi Justin Bieber Mungkin ‘Mangsa’ P. Diddy?

Ft Justin Bieber P Diddy

Industri hiburan antarabangsa sekarang sedang hangat memperkatakan tentang isu penyanyi rap P. Diddy atas kegiatan jenayah seksual. Meskipun kes ini pernah diperkatakan sebelum ini, namun namanya kembali menjadi hangat setelah dia ditahan pada 16 September lepas.

Dia ditahan atas tuduhan serius seperti pemerdagangan manusia, pelacuran dan serangan seksual. Untuk dapat kefahaman yang jelas tentang kes P. Diddy ini boleh rujuk artikel di bawah.

Artikel berkaitan : Sean Diddy Dituduh Terlibat Kes Pemerdagangan Seks, Penderaan Seksual & Rogol, Ini Apa Yang Berlaku…

Artikel berkaitan : Abang Bas Menangis Ketika Didakwa Lakukan Amang Seksual Kanak-kanak

Berikutan dengan penangkapan tersebut, ramai netizen membuat satu spekulasi bahawa penyanyi Justin Bieber mungkin terpalit dalam kes ini, bukan sebagai suspek tapi sebagai mangsa.

Ketika penglibatan awal Justin Bieber dalam industri hiburan, P. Diddy merupakan mentornya dan dia antara orang yang menaikkan nama Justin Bieber.

Spekulasi ini mula timbul apabila video lama mereka tersebar kembali dan mencetuskan kebimbangan ramai. Salah satu video yang menjadi tumpuan netizen adalah video yang memaparkan Justin Bieber meluangkan masa selama 48 jam bersama P. Diddy.

Mereka dapat perhatikan riak wajah Justin Bieber yang pada ketika itu masih lagi remaja seperti tidak selesa dan ketakutan, malah ada satu klip video yang menunjukkan penyanyi yang melonjak naik menerusi lagu Baby ini rasa kurang selesa apabila P. Diddy atau namanya Sean Love Combs menyatakan bahawa mereka tidak rapat lagi seperti dahulu.

Bagaimanapun, sejak penahanan P. Diddy, Justin Bieber tidak memberikan sebarang respon namun sumber menyatakan bahawa rakan rapat Justin Bieber mengatakan bahawa penyanyi tersebut rasa amat terganggu ketika ini.

Malah ada pihak mendakwa bahawa Justin Bieber sedang menyembunyikan diri kerana enggan memberikan komen tentang bekas mentornya itu.

“Dia tak mahu bercakap langsung tentang Diddy. Dia sangat terganggu, dan perkara ini buatkannya hancur.”

Malah, ada juga laporan mengatakan bahawa Justin Bieber tidak akan bekerjasama dengan rapper tersebut jika dia tahu perkara ini lebih awal.

Dengan terdedahnya kes ini, ramai yang bersimpati dengan Justin Bieber dan ada juga yang membuat spekulasi bahawa Justin Bieber seperti pernah meluahkan isi hatinya menerusi sebuah lagu yang berjudul Lonely.

Sumber: X