Semalam, kes saman fitnah terhadap lima rakan Siti Nordiana telah pun selesai apabila mereka sama-sama bersetuju untuk menyelesaikan kes itu secara baik di luar mahkamah. Ianya dilakukan atas dasar hubungan persahabatan antara mereka dan berharap perkara itu tidak akan berulang lagi.
Namun begitu, Lan Solo telah memuat naik video dia bergelak ketawa bersama Syura dan isterinya. Ia membuatkan netizen marah dengan lagak mereka yang dianggap toksik.
View this post on Instagram
Nak celebrate anniversary?
Dalam video itu, Lan Solo membuat lawak kerana dia mahu menyambut ulang tahun perkahwinan bersama isteri tetapi ada Syura pula di situ. Syura walau bagaimanapun menjawab kepada Lan Solo,
Eh betul ke anniversary? Selalunya lelaki tak tahu.
Isteri kepada Lan Solo yang ada pada ketika itu hanya bergelak ketawa sambil berkata dia akan selalu ‘menghantui’ hidup suaminya. Perbualan mereka disambut dengan tawa beramai-ramai sehingga netizen menganggap tidak kena masa.
Artikel berkaitan: Bermaafan Atas Dasar Persahabatan, Siti Nordiana Tak Jadi Saman 5 Rakan RM2.5 Juta
Artikel berkaitan: “Aku stress org ckp aku kutuk kau” – Zulin Mesej Nana Dedah Maksud Sebenar Lepas Dikecam
“Macam mengejek pula…”
Di ruangan komen pada hantaran itu, rata-rata netizen menyampah dengan reaksi mereka bertiga dalam video tersebut. Netizen menganggap mereka bertiga tidak profesional selepas tidak perlu membayar saman RM2.5 juta.
Untuk rekod, pada 20 Julai 2021 kira-kira jam 11.58 malam, siaran langsung Instagram yang dihoskan oleh Nur Sheila dan disertai oleh empat rakannya telah tular di media sosial apabila mereka mengeluarkan kata-kata fitnah kepada Siti Nordiana.
Sumber: Instagram, Astro Awani