“Terlalu obses nak jadi perempuan… ” – Bergelek Sambil Rap, Netizen Kutuk Suara & Perangai Sajat

“Terlalu obses nak jadi perempuan… ” – Bergelek Sambil Rap, Netizen Kutuk Suara & Perangai Sajat

 
 
00:00 /
 
1X

Kalau nak cerita pasal Sajat ni memang takkan habis. Hampir setiap hari, ada je isu pasal Sajat yang netizen kecoh dan tak puas hati. Ada saja kontroversi yang Sajat ni timbulkan atau pun ada je video lawak dari IG live dia kan?

Terbaru, netizen kecoh di Twitter dan Instagram pasal dua video Sajat upload semalam. Satu video menunjukkan dia tengah nyanyi dan satu lagi sedang bergelek.

Sumber: Instagram

So, video menyanyi tu Sajat berada di dalam studio rakaman tengah ujibakat untuk menyanyi lagu raya terbaru bersama Dato Aliff Syukri. Ingatkan dia menyanyi biasa, rupanya Sajat nyanyi bahagian rap.

Netizen pun kutuk, cakap yang dia tak ada bakat menyanyi apatah lagi rap. Masing-masing beri pendapat dan bersetuju yang suara Sajat tak sedap didengar.

Sumber: Instagram

Tapi, Sajat sendiri memang ada mengaku suara dia kelaut waktu cuba rap tu dan dia perlukan banyak practice. Katanya,

Adoiii suara I pun kelaut!!! Kena banyak practice ini!!! Adoiii!!!! Adoiii RAP pulak tu.. Terbelit belit lidah iols nak sebut satu persatu word keluar dari mulut giteww!!! haahaahaaa ….lagu raya katanya.”

Korang dengar sendiri Sajat rap:

Lepas tu, video bergelek tu pula tunjuk dia duk menari dengan tak senonoh lepas dah settle ujibakat. Dengan berbaju kurung, netizen pun tak puas hati sebab dorang kata Sajat tak hormat bulan Ramadan.

Ada juga yang perli dia kata, lelaki lebih baik ada di masjid jadi imam daripada menyanyi dalam studio macam tu. Tapi sebaliknya, dia lebih obses nak jadi perempuan.

Sumber: Instagram

Tonton video tu dekat bawah ni:

Ada saja kontroversi si Sajat ni tauuuu~

Baca: “Kau LELAKI, SEDARLAH. Depan tu kubur!” – Netizen Kecoh Sajat Bertudung Pergi Kubur Pengasas Dnars

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!