in

Terkunci Dalam Tandas Sebab Tombol Rosak, Terpaksa Call Abang Bomba Datang Tolong!

Terkunci Dalam Toilet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Terkunci Dalam Tandas Sebab Tombol Rosak, Terpaksa Call Abang Bomba Datang Tolong!
Loading
/

Apa korang buat kalau korang terperangkap dalam bilik ke bilik air? Mesti menjerit panggil family atau housemates untuk bukakan betul tak? Tapi, macam mana pula kalau masa tu korang berseorangan dekat rumah?

Seorang pengguna Twitter berkongsi tentang pengalaman dia terperangkap dalam bilik air dekat rumah. Lelaki bernama Aizad itu ada upload beberapa video sewaktu kejadian tu berlaku.


Menurutnya, dia tengah mandi dan enjoy, (biasalah time mandi kan time kita karaoke feeling macam buat konsert) tanpa disedari dia dah terperangkap dalam bilik air tu. Bila dia nak keluar, waktu pulas tombol baru dia sedar dah rosak dan pintu tak boleh buka!

Biasanya, perkara pertama kita akan rasa adalah gelabah kan? So, dalam keadaan panik tu, malangnya bagi Aizad dia tak boleh nak menjerit minta tolong sesiapa sebab tak ada orang dekat rumah pun. Sebab tu dia cuba tendang pintu kot kot boleh terbuka, tapi tidak. Dia masih terperangkap ye….

Nasib baik dia ada bawa handphone masuk bilik air, jadi the only choice dia ada is minta tolong dengan bomba. Apa lagi dia pun call nombor kecemasan 999. Rasa macam kelakar pula call minta tolong keluarkan dari bilik air tapi nak buat macam mana dah kalau tak ada pilihan kan?

Call 999
sumber: twitter

Kata Aizad, selepas 30 minit menunggu dalam bilik air tu akhirnya beberapa anggota bomba datang. Nak dijadikan cerita, dia pula lupa kunci pintu rumah. So, senanglah bomba tu masuk je dalam. Disebabkan tak boleh buka pintu tu, dorang pecahkan je tombol tu dan terus tolak pintu.

Admin rasa macam agak lucu sebab situasi dia agak rare. Call bomba untuk selamatkan dia yang terperangkap dalam bilik air sendiri. Tapi Aizad berterima kasih kepada mereka sebab membantu sebab kalau tak, entah macam mana dia nak keluar dari dalam bilik air tu.

Ramai netizen terhibur dan beri bermacam jenis reaksi. Ada yang cakap nasib baik dia bawa tuala masuk dalam sebab ada orang jenis tinggal je dekat luar. Ada juga yang tanya kenapa dia bawa handphone masuk bilik air. Eh bestlah, sambil shower sambil nyanyi kuat kuat feeling suara sedap!

Komen Bomba
sumber: twitter

Baca: Macam-macam hal! Bomba Datang Nak Tangkap Ular, Sampai-sampai Kena Tangkap Cacing je?

Befunky Collage 3 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.