Menurut Berita Harian, suami dan isteri ‘hujung minggu’ yang tinggal di zon hijau atau kuning kini boleh merentas negeri untuk bertemu keluarga yang tinggal di zon merah.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mereka bagaimanapun perlu mendapatkan kebenaran polis terlebih dahulu sebelum berbuat sedemikian.
Beliau berkata prosedur operasi standard (SOP) yang digunakan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sebelum ini terpakai dalam tempoh PKPB dilaksanakan ketika ini.
Seperti dahulu, ia dibenarkan tetapi perlu mendapat kebenaran daripada pihak polis terlebih dahulu.”
Jadi, sebelum balik, jumpa dengan pihak polis dan maklumkan mengenai tujuan berserta dengan bukti. Insya-Allah, pihak polis akan benarkan.”
Untuk mendapat maklumat tentang sidang media harian beliau, follow Lobak Merah.
Baca: [TERKINI] Dua Kawasan Di Selangor & 1 Kawasan Di Sarawak Dikenakan PKP Diperketatkan Mulai Esok!