in

[TERKINI] Sebanyak 3,631 Kes Positif Baharu Covid-19 & 18 Kematian Dilaporkan Hari Ini

Hisham 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini 22 Januari 2021, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa Malaysia telah mencatat sebanyak 3,631 kes positif baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 176,180 setakat 12 tengah hari tadi.

Untuk pengetahuan korang, dari 3,631 kes positif baharu hari ini, 3,625 adalah kes tempatan dan 6 daripadanya adalah kes import.


140454679 4027037177320140 5696542078771239921 o

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes aktif setakat ini adalah 42,814 kes.

Manakala seramai 251 pesakit berada dalam ICU dan 102 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

KKM juga memaklumkan, hari ini Malaysia mencatat sebanyak 18 kematian menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 660 kes.

Jumlah kes sembuh hari ini adalah sebanyak 2,554 kes menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 132,706 kes.

 

Baca: [TERKINI] Masih Tinggi, 3,631 Kes Positif Baharu Covid-19 & 14 Kematian Dilaporkan Hari Ini

collage 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.