Viral gambar orang rebah di KLCC hari ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengesahkan bahawa individu yang pengsan tersebut disyaki novel koronavirus 2019.
Dalam satu sidang media harini, Dr Dzulkefly berkata pihaknya akan terus berhubung dengan HKL bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara tersebut.
Warga Kanada
Menurut mStar Online, individu tersebut merupakan remaja perempuan berumur 17 tahun warga Kanada. Dia dibantu oleh pasukan Hazmat (Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya) dengan berpakaian lengkap dan berjaga-jaga.
“Pesakit telah dibawa ke HKL. Kami akan memaklumkan perkembangan mengenai kes itu nanti. Apa pun kami akan terus berkomunikasi dengan pihak di sana”
Beliau menjawab pertanyaan mengenai foto-foto pasukan Hazmat dan anggota polis yang dilihat berada di Tower 3, Menara Petronas, Bangunan KLCC, pagi Rabu.