Sebuah pesawat Boeing 737 milik Ukraine International Airlines jatuh di Iran. Pesawat itu dikatakan jatuh tidak lama selepas ia berlepas dari landasan Imam Khomeini, di Iran pada jam 6.12 am waktu tempatan.
Menurut laman web pengesan penerbangan, pesawat itu jatuh 8 minit daripada masa ia berlepas.
Pesawat tersebut yang dilaporkan membawa 180 orang penumpang, dikatakan terhempas akibat masalah teknikal. Namun siasatan masih diteruskan bagi mencari punca sebenar kejadian.
Ini antara video yang sempat di rakam oleh orang awam semasa kejadian itu berlaku.
WATCH: Video shows Boeing 737 with 180 people on board on fire, crashing near Tehran pic.twitter.com/7cQMLF6bkY
— BNO News (@BNONews) January 8, 2020
Takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat.