Sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu sebanyak 1,755 kes baru telah dilaporkan hari ini (6 November 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 38,189 kes.
Kes tertinggi adalah Sabah 1,119 kes, Pulau Pinang 192 kes, 164 kes di Selangor, Labuan 69 kes, Negeri Sembilan 45 kes.
Dari 1,775 kes ini, 1752, adalah kes tempatan dan 3 kes import.
Jumlah kes aktif dengan kebolehan jangkitan pula adalah sebanyak 11,530 kes.
Manakala 83 pesakit berada di ICU dan 32 kes memerlukan bantuan pernafasan.
2 kes kematian baru menjadikan jumlah kematian kekal sebanyak 279 kes.
726 kes telah pulih menjadikan jumlah pesakit yang telah discaj dan sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 26,380 kes.
Baca: [TERKINI] Naik Balik! 1,054 Kes Positif Baru & 12 Kematian Dilaporkan Hari Ini!