in

[TERKINI] Nahas 2 Helikopter Bertembung Di Lumut, 10 Mangsa Dilaporkan Terkorban

Heli Terhempas Tldm Lumut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebentar sahaja tadi, tular video memaparkan dua helikpoter dilaporkan berlanggar di ruang udara dan terjatuh di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak.

Difahamkan kedua-dua helikopter berkenaan sedang menjalani latihan raptai sempena Hari Terbuka Armada yang dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 5 Mei ini.


Menurut Berita Harian, seramai 10 mangsa terdiri daripada tujuh kru dan tiga penumpang maut dalam nahas tersebut.

Dua helikopter yang terdiri daripada model HOM dan Fennec tersebut berlepas dari Padang Sitiawan pada jam 9.03 pagi tadi.

Berdasarkan video tersebar, kedua-duanya dipercayai bertembung ketika hendak membentuk formasi penerbangan raptai lintas hormat yang dirancang berlangsung di ruang udara Pangkalan TLDM Lumut. Akibat pertembungan itu, kedua-dua pesawat hilang kawalan sebelum terhempas.

Pesawat HOM terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut, manakala pesawat Fennec terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut.

Hmheli23041 1713840417

Difahamkan, pesawat HOM dilaporkan membawa empat kru dan tiga penumpang, manakala Fennec pula membawa tiga orang kru.

Setakat ini, tiada mangsa dilaporkan selamat dalam nahas terbabit.

Berita lanjut menyusul.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.