in

[TERKINI] Malaysia Kedua Paling TERUK Di Asia Tenggara Lepas Angka Covid-19 Meningkat Ke 117 Kes, 2 KRITIKAL

Collage 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang semua mesti aware tentang kes Covid-19 gelombang kedua nampaknya lebih teruk dari yang pertama.

Semalam, Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengesahkan sebanyak 19 kes baru positif Covid-19 membuatkan angkat keseluruhan meningkat ke 117 kes setakat ini.


Ketua Pengarah KKM, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengatakan, pesakit yang dikenali sebagai kes 101 merupakan seorang ahli perniagaan yang mempunyai sejarah perjalanan ke Iran (negara ke-4 paling teruk di dunia dengan angka kes setakat ini sebanyak 6,566).

Covid 19 1583402722

NST melaporkan, pesakit 101 telah melawat Iran dari Feb 20 ke 27 bersama rakan perniagaannya dan menunjukkan simptom penyakit ini pada 5 Mac dan disahkan positif pada 8 Mac. Dia kini sedang dirawat di Hospital Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan.

Dengan tambahan 18 kes, ini menjadikan jumlah terkini positif Covid-19 meningkat ke 117 kes. Dari jumlah ini, 19 dikenalpasti sebagai pesakit dalam siasatan, 96 dari kontak rapat dan dua dari misi kemanusiaan.”

Tambah Dr Noor Hisham, antara kes dari gelombang kedua (kes 23-117) ini, hanya enam saja yang mempunyai rekod perjalanan ke luar negara.

Bukan tu je, dua dari 117 pesakit ini juga kini sedang ditempatkan di dalam ICU sejak kelmarin. Satu di Hospital Sungai Buloh dan satu lagi di Hospital Sultanah Aminah di Johor. Mereka dibantu dengan mesin bantuan pernafasan.

Kalau korang nak dapatkan maklumat terbaru mengenai Covid-19, make sure tengok di laman web rasmi KKM dan bukan dari media sosial bagi memastikan korang tak terima berita palsu.

 

Baca: “Kalau mati apa pun tak dapat” – Makmal ‘Offer’ RM19k Pada Orang Yang Sanggup Dijangkiti Covid-19 Untuk Cari Penawar

Collage 17

https://twitter.com/KKMPutrajaya/status/1236950348540956675

Sumber: NST

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.