Malaysia sekali lagi mencatatkan kes harian Covid-19 melebihi 7 ribu dengan jumlah kes sebanyak 7,105 dilaporkan pada hari ini (1 Jun).
Perkara ini diumumkan melalui Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebentar tadi dengan disertakan infografik pecahan kes bagi setiap negeri.
Terkini. 1 Jun. Kes baharu hari ini 7,105. #COVID19 #StayHome
— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) June 1, 2021
Berdasarkan infografik yang dikongsikan, Selangor masih menjadi negeri dengan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 2,068 kes diikuti Kuala Lumpur dengan 817 kes dan Sarawak 703 kes.
Negeri dengan kes harian terendah adalah negeri Perlis yang tidak mencatatkan sebarang kes pada hari ini diikuti Putrajaya dengan 18 kes.
Dengan jumlah kes harian yang kembali meningkat, rata-rata netizen risau dengan jumlah kes hari ini yang kembali meningkat melebihi 7 ribu. Netizen berharap lockdown yang dilaksanakan oleh kerajaan ini dapat turunkan jumlah kes harian.
Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang meluahkan rasa bimbang bila terdapat beberapa kilang yang mendapatkan kebenaran MITI untuk beroperasi dalam tempoh lockdown ini.
Korang kalau tak ada urusan penting atau hal kecemasan dekat luar sana, duduk je rumah tau. Bahaya dah sekarang ni sebab virus dan boleh tersebar melalui udara pula.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
Baca:[TERKINI] Pecah Rekod 4 Hari Berturut-turut, Kes Harian Kini Cecah Lebih 8,000